Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, September 18, 2012

:: Johor, Saya Datang ::

kali terakhir ke Johor
seingat saya
lebih kurang setahun yang lepas
itu pun kebetulan saya ikut Aleya Aneesa
atas tiket program berkaitan buku di sana
selepas itu
Johor hanya dengar nama

hajat nak ke Johor
memang dah lama saya angankan
dulu
masa saya masih budak-budak
paling kurang pun
setahun sekali pasti saya akan ke Johor
tapi bila usia makin meningkat
Johor dah semakin saya tinggalkan

abah saya memang orang Johor
kiranya kalau nak dikatakan saya punyai saudara di Johor
tipulah kalau saya katakan tiada
ramai aje saudara saya di sana
cumanya saya tak berapa rapat dengan mereka

memandangkan mak long saya sebelah abah
berpindah ke Kelantan selepas itu
lagilah jarang saya ke Johor
dari Johor
kami sudah bertukar balik ke Kelantan

dan tak sangka
baru-baru ini
(cuti Merdeka)
hajat saya nak ke Johor
dapat juga dilaksanakan
akhirnya...
Johor, saya datang



kali ni
tak jalan mana sangat
memandangkan keadaan tak mengizinkan
hajat nak naik bot pun tak kesampaian
(insya-Allah lain kali)
tapi dapat juga saya pusing-pusing bandar Johor
Johor dulu dengan Johor sekarang
sudah jauh beza
kalau dulu
ada aje lori-lori kecil menjaja di tepi jalan
(Lido nama tempat tu)
tapi sekarang semua itu sudah tiada
sudah dipindahkan di satu tempat khas


selain tu
sempat juga saya jalan-jalan di
Puteri Harbour dan Kota Iskandar


buat Encik Wahab dan Puan Mahani sekeluarga
terima kasih banyak-banyak
budi baik kalian
akan saya kenang sampai bila-bila
ada rezeki
jika diizin Dia
saya mahu ke sana lagi
(harap orang di sana tidak serik dengan kedatangan saya)
jika tidak dibawa ke mana-mana pun tidak mengapa
cukup hanya bersantai
di
Kampung Sungai Melayu
insya-Allah...


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: