Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, September 16, 2012

:: Hafirda Afiela ::

wah!
guna nama pena untuk tajuk N3
kisah apalah yang saya nak kongsikan kali ini ya
hihihi...

okey
walaupun tajuk N3
HAFIRDA AFIELA
tapi kisahnya bukan pasal diri saya ya
sebab HAFIRDA AFIELA itu bukan diri saya
jauh sekali nama saya
cumanya
sebahagian daripada HAFIRDA AFIELA
ada saya :)

sebelum ini
ramai yang tanya 
HAFIRDA AFIELA itu nama betul ke?
kenapa guna nama HAFIRDA AFIELA?
HAFIRDA AFIELA tu ada maksud tersendiri ke?
dan macam-macam lagi

jadi...
biar saya coretkan
apa itu HAFIRDA AFIELA?
mana datangnya HAFIRDA AFIELA?
siapa orang di sebalik HAFIRDA AFIELA?
agar persoalan-persoalan yang ada akan terungkai
(macamlah orang kisah sangat pasal HAFIRDA AFIELA)

HAFIRDA AFIELA wujud hasil daripada gabungan nama
gabungan nama saya dan kawan-kawan rapat saya
(Firdaus, Afif & Illa)
ini bukan bermakna hanya mereka bertiga sahaja kawan saya
cumanya
hanya mereka bertiga yang tahan dengan kerenah saya
dan lama bersama saya di DTHO

asalnya hanya ada nama HAFIRDA
itu pun wujud gara-gara seorang guru tersalah panggil nama saya
dan Hafidah bertukar menjadi Hafirda

tika itu saya langsung tak ambil peduli pasal nama 
bagi saya
panggil ajelah apa nama sekali pun
asalkan jangan dipanggil 'oi' sudah
dan entah kenapa
bila selalu dengar diri dipanggil HAFIRDA
ada sesuatu bermain dalam fikiran saya
masa tu saya tulis besar-besar nama HAFIRDA dalam buku latihan
(buku yang tak guna ya :))
saya dapat jawapan
HAFI > HAFIDAH + FIRDA > FIRDAUS = HAFIRDA

sejak saya perasan yang nama HAFIRDA tu
ada gabungan secara tak sengaja
dengan salah seorang kawan rapat saya
saya pun menggediklah nak cari nama gabungan untuk lagi dua orang
cari punya cari
telek punya telek
saya dapat AFIELA
AFI > AFIF + IELA > ILLA = AFIELA
sejak itu
wujudlah HAFIRDA AFIELA


dan di atas inilah
peneraju-peneraju HAFIRDA AFIELA
(rindu nak berkumpul macam dulu-dulu)

selesai kisah HAFIRDA AFIELA
tapi
jangan berhenti baca lagi
saya ada kisah sambungan ni

baru-baru ni
saya dapat tahu yang Afif akan tamatkan zaman bujangnya
(nampaknya dia yang menyusul dulu selepas Firdaus & Illa)
tiba-tiba hati saya jadi sayu
sayu di sini
bukan bermakna saya kecewa sebab dia nak kahwin
jujur saya katakan
saya gembira sangat dengan berita itu
cumanya saya takut yang saya akan hilang dia
ya, berbanding mereka bertiga
saya lebih rapat dengan dia
saya lebih senang berbual itu ini dengan dia
dan saya lebih tak tahu malu untuk minta tolong dia
(dulu dia selalu kena buli dengan saya jadi posmen)

beberapa hari lepas
saya mesej-mesej dengan dia
tanpa segan
saya nyatakan rasa bimbang saya pada dia
kata dia
dia tetap ada untuk saya
HAFIRDA AFIELA akan kekal sampai bila-bila
dia tak pergi mana
dia hanya kahwin aje

waktu tu
hanya Tuhan aje yang tahu apa saya rasa
entah kenapa saya jadi cengeng
mungkin sebab dua antara kami dah lepas
dan sekarang Afif bakal menyusul
tinggallah saya sendiri
empat yang tinggal dua
bakal tinggal satu

bila kawan yang rapat dengan saya kahwin
bukan bermakna saya patut ikut berkahwin
cumanya saya harus buat persediaan
hubungan kami mungkin bakal ada jarak
sebab
sendiri dan berkeluarga
adalah dua situasi yang sangat berbeza


buat Afif
tahniah!
tarikh yang Fif bagi tu
Da dah bulat besar-besar kat kalendar
insya-Allah kita jumpa waktu tu

selamat join kelab Firdaus & Illa


Firdaus & Elina


Illa & Syafiq


* HAFIRDA AFIELA akan kekal sampai bila-bila :)


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: