CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 22, 2012

:: Hati Saya ::

mood malas saya nampaknya makin berleluasa
bilalah saya nak rajin ya?
saya pun tak punya jawapan
uff!!!

tak ada apa yang menarik pun saya nak kongsi hari ni
hanya saja jemari saya ni gatal nak menaip
nak luahkan apa yang sarat dalam hati

tiba-tiba hari ni saya tertanya-tanya sendiri
adakah saya ni seorang kawan yang baik
atau
sekadar kawan yang biasa-biasa

saya cuba jadi seorang kawan yang terbaik untuk orang yang dekat dengan saya
tapi orang-orang yang dekat itu
bagaikan sudah kata bye-bye pada saya
entah!
mungkin hanya perasaan saya
tapi
saya tak boleh katakan tidak
sebab perkara tu sudah berlaku berulang kali
sampai saya sendiri dah naik lali

kali pertama
saat saya hilang seseorang yang sanggup bersusah senang untuk saya
sanggup meredah hujan panas saat saya minta dia datang jumpa saya
sanggup luangkan masa semata-mata mahu ikut kehendak saya
sanggup berkongsi duit dengan kawan baik dia gara-gara nak belikan saya patung Pooh sempena hari jadi saya
agaknya kalau saya mintak dia nikahi saya masa tu
mesti dia rela lakukan
hahaha...

seingat saya
dia juga pernah demam gara-gara pinjamkan saya baju panas dia
masa kami berdua ikuti krusus anjuran sekolah
sayang betulkan dia pada saya

dia bukan siapa-siapa dengan saya
tak ada hubungan darah
tak ada hubungan istimewa
dia hanya kawan
tapi bila dia ungkap perkataan "Aku paling sayang Da daripada kau orang semua."
hati saya betul-betul terasa sangat bahagia saat itu
tapi tak bermakna saya mahu miliki dia seorang
dan tidak berkongsi dengan kawan-kawan lain
sumpah saya tak pernah ada niat macam tu
saya tahu dia sayangkan semua kawan-kawan dia
cuma lebihnya saya

tapi...
keadaan dah mengubah segalanya
saat saya sambung belajar
dia mula lupakan saya
dia mula bagi alasan bila saya kata saya cuti dan nak jumpa dia
dia mula buat-buat tak nampak saya
dia mula buat tak kenal saya
dia mula tak nak tegur saya walaupun kami berselisih bahu
dan sampai sekarang saya tak tahu sebabnya
rahsia tu hanya tersimpan dalam hati dia
kan dah terbukti yang saya ni seorang kawan yang gagal

untuk dia
harap kebahagiaan yang sedang dia lalui sekarang akan kekal sampai bila-bila
doa saya sentiasa ada untuk dia

untuk kisah kedua
dia dengan saya
dah macam adik-beradik
apa yang dia ada, dia akan kongsi dengan saya
dan apa yang saya ada, saya akan kongsi dengan dia
mak dengan abah pun tak pernah bezakan dia dengan saya
apa yang saya dapat
itu jugalah yang dia dapat
tapi nampaknya hubungan tu tak lama

dia mula senang
mula mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati saya
tapi saya abaikan aje benda tu
sebab saya tahu dia kawan saya
biar apa pun perubahan dia
dia tetap kawan saya
tapi siapa saya nak terus beranggapan begitu
kalau dia sendiri dah tak mahu anggap saya kawan dia
apa boleh saya buat lagi
takkan saya nak terus memaksa

apa silap saya
saya tak tahu
sekali lagi saya menjadi kawan yang gagal

untuk dia yang sentiasa diingati
harap hubungan kita akan kembali mendekat :)

kisah tiga
dia saya dah anggap macam kakak
macam mana saya layan kakak-kakak lain
macam tu juga saya layan dia
cuma
kami jarang berjumpa
dan sebab itu mungkin buat saya rasa canggung
walaupun hakikatnya ada kisah lama yang buat saya berjauh hati
tapi siapa saya untuk hukum dia
semua orang buat salah
saya pun tak terkecuali
jadi bukan alasan untuk saya tak berbaik dengan dia

kami okey aje
boleh gelak sama-sama
boleh bertukar-tukar pandangan
tapi entah kenapa
hubungan kami tiba-tiba renggang
mesej saya sudah tak dibalas
sapaan saya di FB sudah tidak diendahkan
pastinya saya dah buat silap, kan?
kalau tak, takkan sampai begitu sekali marah dia pada saya
tapi apa sebabnya
adakah sebab saya tak dapat penuhi undangan dia
takkanlah hanya sebab itu
saya tak punya jawapan
apa yang saya tahu
sekali lagi saya menjadi seorang kawan yang gagal
lebih teruk lagi
seorang adik yang gagal

buat dia yang saya panggil kakak
biarpun jauh di sudut hati ni sudah hilang punca mencari sebab
mula rasa give up untuk memujuk
akak sentiasa ada dalam hati
sebab akak tetap kakak dalam hidup Fyda

cukuplah tiga kisah ini saja yang saya kongsikan
yang lain, biarlah menjadi rahsia hati saya

untuk mereka-mereka yang dulu dekat tetapi dah menjauh
sangat rindukan kau orang
betul-betul rindu
harap hubungan kita akan kembali mendekat seperti biasa

untuk mereka-mereka yang kekal dekat dan bakal mendekat
harapnya saya akan menjadi rakan terbaik untuk anda semua
insya-Allah...


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, February 13, 2012

:: Tak Mahu Sakit ::

demam agaknya saya ni
kepala sakit, badan dah mula panas, batuk tak henti-henti, air mata keluar macam empangan pecah
uff!!!
saya tak mahu sakit
(buat beberapa bulan ini)

kalau setakat demam
rasanya saya masih lagi mampu bertahan
insya-Allah...
tapi
kenapa satu badan saya sakit-sakit
semua terasa macam mahu putus
berdiri macam tak berdiri
duduk pun dah tak macam duduk
dah kenapa dengan saya ni?
sekarang mudah sakit dan sangat susah nak elok
mulalah saya nak menangis macam budak kecik

wahai tubuh badan
penat ya?
mohon bertahan dalam beberapa bulan lagi ya
nanti kita rehat sungguh-sungguh
please...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, February 12, 2012

:: Baru ::

wah!
sangat warna-warni
kita tengok berapa lama saya akan tahan dengan cat kali ini
seminggu? sebulan?
setahun tak mungkin kut
hehehe...

jangan serik singgah ya :)

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, February 10, 2012

:: TC, Siapa Mahu? ::

TC dan sampai Bab 25
dan keputusan saya
mahu berhenti di sini
bukan tanda cerita dalam TC sudah berakhir
tidak sama sekali
cuma
cukuplah sampai situ
untuk tahu lebih lanjut
tunggu TC jadi buku ya
(entah bila kurunlah...)
ada yang mahu tak?
hihihi...

terima kasih kepada Mis Layanz
kerana bagi saya peluang
untuk berkongsi TC dengan yang sudi membacanya
buat pembaca setia TC
harap dapat menunggu ya
terima kasih atas sokongan yang diberikan
harap tak serik untuk baca karya saya :)

Saturday, February 4, 2012

:: Kawan ::

lama kan saya menyepi
manalah hilang
hihihi...

kali ni
saya tak bercadang pun untuk membebel lelama
hanya mahu tinggalkan coretan di bawah
yang saya culik dari FB seorang rakan
jom baca!

andai diberi peluang
izinkan saya menjadi salah seorang kawan
yang sentiasa ada untuk seorang kawan yang lain
biar dalam susah, senang, tawa dan tangis
insya-Allah
amin, amin, amin...

Wednesday, January 18, 2012

:: Sampai Bila? ::

tengok pada gambar di atas
pasti sudah ada yang dapat mengagak topik kali ini
macam tulah saya untuk beberapa hari ni
rasanya dah hampir seminggu lebih
entah kenapa badan saya terasa sakit-sakit
terasa sangat letih bagaikan membuat kerja yang berat
sakit di seluruh bahagian
yang peliknya
bila malam menjelma
sakitnya bagaikan menggila
bagaikan tidak mahu bekerjasama dengan saya
aduh...
dah kenapa dengan saya ni?
sekarang ni
saat saya menaip patah-patah kata ini
badan saya dari bahu hingga ke pinggang
sangatlah sakit
sudah disapu ubat dan diurut
tapi tetap sakit
tolonglah menjauh
tanggungjawab saya sangatlah banyak
sekurang-kurangnya bagilah saya selsesaikan apa yang patut terlebih dulu
harap dipermudahkan segalanya
amin...