seperti yang dijanjikan
ini cerita pertama saya setelah sekian lama saya menyepi
ceritanya tak adalah menarik mana
tapi
cukup meninggalkan satu rasa puas dalam diri saya
akhirnya...
dapat juga saya kunjungi
Istana Negara (lama)
kalau saya ni...
bukan berjawatan tinggi
bukan ahli politik ternama
pendek kata bukan siapa-siapalah yang berkaitan
mati hidup semula pun
memang saya takkan pijaklah Istana Negara ni
mujur peluang masih ada
<-.->
sejak saya tahu ada pameran yang dijalankan di Istana Negara
memang saya teringin sangat nak ke sana
bukan sebab teruja mahu melihat pameran yang dipamerkan
(hal ini boleh dikatakan hal kedua dan bonus)
saya hanya mahu lihat persekitaran istana
ya, hanya itu
tapi nampaknya masa tidak mengizinkan
lebihnya tak ada kawan
tapi
kalau dah rezeki saya
ia pasti ada
tidak sangka pula saat saya ke KL baru-baru ini atas urusan kerja
dapat juga saya luangkan masa
(walupun masa ni dah sibuk nak balik Perak)
senyum sampai ke telingalah saya
jom saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan
gambar di atas ni bukti tau hihihi...
Zul Pali - peneman merangkap penjaga peribadi, menggantikan Adan
(dah lama tak jalan-jalan ke tempat-tempat gini dengan Adan)
saya dan Wandi
teman sewaktu belajar di ASK aka ASWARA
tak sangka boleh jumpa dia
saya dan Zul Pali
berposing di depan bangunan istana
kain langsir tu yang mahal
langsir istana tu
hahaha...
ni dekat dengan pintu masuk
kira dah masuk dalam istanalah ni
tapi saya tak tahu bahagian ni dulu dijadikan tempat apa
mungkin balairongseri kut
(kalau salah, anggap saja saya hilang fokus - teruja sangat)
cantik sangat dalam ni
gambar-gambar di bawah ni pulak
di antara barang-barang pameran yang dipamerkan
tempat duduk raja dan pemaisuri sewaktu watikah
(kalau tak salahlah)
baju raja dan pemaisuri
sebahagian kamera dan jam tangan yang dijadikan koleksi
cenderahati
(alamak! lupa pula diberikan kepada siapa)
alat-alat muzik yang digunakan di istana dalam acara-acara tertentu
kalau ikut rasa hati
banyak lagi gambar yang nak ditampal di sini
tapi cukuplah yang ada ni aje ya
kalau mahu tengok sendiri apa yang ada
boleh terus pergi ke Istana Negara
dibuka setiap hari
dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
masuk hanya RM2
* teringat apa yang Fatin Alliza ambil saat kami melihat pameran diraja semasa di Muzium Negara :)
0 gosip-gosip:
Post a Comment