Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, July 16, 2012

:: Cik Viv Sayang ::

hari ini
genap setahun satu bulan ia wujud dalam hidup saya
rasa macam baru semalam kali pertama saya belai-belai ia
tapi hakikatnya dah setahun lebih ia dengan saya
ia yang saya maksudkan ialah Cik Viv saya

mana aje yang Cik Viv tak pergi
Kelantan, Kedah, Penang, Johor, KL
banyak lagilah
tolak Sabah Sarawak aje
dah sah-sah tak ada jalan darat nak ke sana

wujudnya Cik Viv dalam hidup saya
urusan saya nampaknya lebih licin
alhamdulillah...
Allah utuskan Cik Viv untuk kami sekeluarga
tapi dua hari lepas
nampaknya CikViv terpaksa berpisah dengan saya buat sementara waktu
gara-gara
Cik Viv saya kena SODOK!


- ini masih di tempat kejadian -

nak dijadikan cerita
saya, opah dan mak
balik dari rumah opah lang yang mengadakan kenduri sambut puasa di Banir 
(dekat aje dengan rumah saya sebenarnya)
asalnya mahu bawak opah beli tikar getah
tapi opah ajak kami ke rumah opah long di Bidor terlebih dulu
katanya mahu menziarah opah long yang baru keluar wad
saya ikut aje tanpa banyak bunyi


benda dah nak jadi
elak macam mana pun tetap jadi
puncanya hanya sebuah kenderaan dari arah bertentangan sedang memotong
kereta di depan saya melakukan brek mengejut
saya juga sama ligat tekan brek
mujur saya tidak mengikut terlalu hampir
saya ingat dah tak ada apa-apa
tiba-tiba saya rasa kereta saya macam melayang ke hadapan
dan waktu itu
baru saya sedar yang Cik Viv dah kena balun
alhamdulillah, kami dalam kereta semua okey
cuma sakit sikit-sikit sebab terhentak
tapi masih dalam keadaan selamat

sudahnya
bincang punya bincang
saya dan pak cik yang melanggar kereta saya
setuju nak bawa kes ni ke balai
kami sama-sama buat repot
dan akhirnya
Cik Viv terpaksa ditahan di bengkel
(mungkin akan mengambil masa yang lama)
patahlah kaki saya
kenderaan saya sudah tak ada :(





- ini dah kat bengkel -


- inilah kereta yang dah tercium Cik Viv -

dugaan mungkin
setiap apa yang jadi pasti ada sebab dan hikmanya
dah tertulis kan...
jadi
bertabah dan reda aje
harap segala urusan yang bakal berlangsung akan dipermudahkan DIA
insya-Allah...


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: