Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, July 13, 2012

:: Memberi & Menerima ::

"Aku tolong kau sekarang, nanti kau tolong aku ya? Janji?"
diam
tiada balasan
"Kalau kau tak nak tolong aku, aku tak naklah tolong kau..."
diam lagi
masih tiada balasan

aduh...
haruskah setiap pertolongan diberikan balasan?
haruskah setiap pertolongan jaminannya menerima kembali  di masa akan datang?
haruskan setiap pertolongan dijadikan bahan untuk kita mengungkit di satu ketika?
jawapnnya...
ada pada anda semua
tepuk dada, tanya selera...

wah!
entri kali ini nampaknya macam nak ajak berdebat pula
eh, bukan ya
sikit pun tak terniat
anda singgah di teratak saya ni
pastinya bukan itu yang anda mahu kan
pasti anda saja mahu berlibur atau mencuci mata di sini
hehehe...
macamlah ada benda yang nak dijadikan tempat berlibur dan cuci mata


berbalik pada tajuk entri kali ini
memberi & menerima
dua perkara yang sangat dekat dengan diri kita kan
pasti anda semua pernah memberi dan pastinya pernah juga menerima
tak kisahlah anda memberi atau menerima
dari segi barangan, pertolongan atau sebagainya
yang pasti
dua perkara ini pernah dilalui anda semua

apa yang saya mahu katakan di sini
ada beberapa perkara yang rasa saya
perlu ada memberi dan juga menerima
mungkin memberinya lebih banyak daripada menerima
atau menerima lebih banyak daripada memberi
tak pun kedua-duanya ditimbang sama rata
apa yang penting
kedua-dua belah pihak punyai rasa senang untuk terus bekerjasama

tapi
kita semua perlu ingat
kadang-kadang bila sebelah pihak asyik memberi, memberi dan terus memberi
pasti akan ada satu rasa yang bermain di hati pihak yang satu lagi
begitu juga bila diri asyik menerima, menerima dan terus menerima
tika itu
mula pelbagai perkara bermain di fikiran
mula timbul rasa tidak puas hati
mula ada rasa kurang senang
mula wujud isu ungkit-mengungkit 
hakikatnya benda yang berkaitan memberi dan menerima itu
tidaklah besar mana
hanya satu ketika sebelum itu
ada rasa mahu memberi dan juga mahu menerima
jadi harus disalahkan siapa?

bila difikirkan kembali
mahu disalahkan kedua-dua belah pihak pun tidak boleh
sebab segala apa yang berlangsung sebelum itu kan sudah dipersetujui
jadi rasanya tak perlu timbul isu ungkit-mengungkit atau sebagainya
tapi kalau dah namanya manusia
tetaplah manusia
saling salah-menyalahkan 
kan dah lumrah...

apa yang boleh saya katakan
(lebihnya peringatan untuk diri saya sendiri)
andai diri yang sukarela mahu memberi
janganlah mengharap sesuatu untuk diterima
kerana pengharapan yang belum tentu tertunai dengan apa yang telah dilaksanakan
secara tak langsung sudah buat kita jadi tidak ikhlas
andai diri sudah sedia menerima
jauhkanlah hati daripada rasa berbudi
kerana ia akan buat kita rasa terikat
buatlah sesuatu dengan hati yang senang
kerana ganjarannya lebih bernilai daripada apa yang mungkin diperolehi di dunia
insya-Allah...



 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: