Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, December 6, 2011

:: Tinggal Kenangan ::


dia tiada hubungan darah dengan saya
tapi
sayang saya pada dia
tak ubah macam sayang saya pada Adan (adik saya)
kalau dia silap, saya tegur
kalau dia mahu bantuan, saya tolong
dia dah macam adik saya, dah macam ahli keluarga sendiri
bukan dia saja
malah habis satu keluarga dia sudah jadi keluarga saya
kalau orang baik dengan kita, kenapa kita tak boleh baik dengan mereka, kan?

kalau diingat kali pertama saya mengenali dia
rasanya dah banyak tahun berlalu
asalnya hanya kenal nama sahaja
itu pun kenal daripada kakak dia yang merupakan kawan baik saya
dan tak sangka
kami dipertemukan
apa yang jadi itu kan kerja Allah
kebetulan dia dapat belajar di Semenanjung

kami mungkin tak rapat mana
tapi saya tahu, dia sangat hormati saya sebagai kakak
macam mana dia layan kakak dia
macam tulah dia layan saya

dia memang pelajar yang cemerlang
walaupun keputusan SPM yang dia dapat tak begitu bagus (bagi dia)
kami semua rasa bangga bila dia dapat sambung belajar di Jordon (bidang perubatan)
dan pastinya perkhabaran demi perkhabaran yang saya terima daripada kakaknya
buat saya rasa kagum pada dia
kadang-kadang ada juga saya berbual-bual dengan dia di laman maya
tapi...
perkhabaran yang saya terima beberapa hari lepas
betul-betul buat saya mengucap panjang
hanya itu reaksi saya
kebetulan tika itu saya di luar
saya bagai orang hilang arah
tak tahu nak buat apa
hanya diam tanpa sebarang kata
sebaik sahaja sampai di rumah
cepat saja saya capai gagang telefon
laju saya dail nombor di sana
dan perkhabaran itu sekali lagi saya terima
dan ternyata ia benar
bukan mainan

dia dah kembali
siapa sangka dia akan tinggalkan kami semua
tapi kalau itu percaturannya
siapa kami untuk menghalang
dia lebih disayangi oleh penciptanya

doa saya
moga apa yang bakal ditempuhnya di sana nanti
dipermudahkan segalanya
moga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman

buat Fatin, mama, papa dan semua ahli keluarga yang lain
salam takziah daripada kami di sini
moga kesabaran dan ketabahan dibekalkan buat kalian

2 gosip-gosip:

mysarrasara said...

Fida siapa nie???Dia sek B.A ke dulu???

Hafirda Afiela said...

adik angkat, bukan budak BA la...