Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, December 8, 2011

:: Drama - Tasha Shila ::

demam, selesema dan batuk yang singgah
nampaknya sudah mula mahu mengundur diri
tapi demam drama Melayu pula terjangkit
hehehe...

sekarang ni saya demam tengok cerita Tentang Dhia dan Bunga April
dua-dua ada Tasha Shila
saya tengok bukan sebab ada Tasha Shila ya
tapi kalau betul pun
apa salahnya

Tasha Shila
saya tahu kewujudan dia masa dia pegang watak Sakinah dalam Ramadan Terakhir
padahal dah banyak drama dan filem yang dia berlakon sebelum ni
secara peribadi
saya sangat suka dia berlakon
walaupun kadang-kadang tak berapa berkenan dengan raut wajah yang ditonjolkan
tapi itu saya pejam mata aje
kalau dia boleh buat saya tersentuh, marah, suka dan sebagainya
itu kan tandanya dia pandai menjiwai watak

okey, berbalik pada drama yang saya katakan tadi

Tentang Dhia
seingat saya
masa saya tengok episod 1 dulu
sikit pun tak menarik minat saya untuk menonton
(pergerakan cerita macam lambat)
melainkan saya sangat suka tengok Nora Danish pakai tudung
sangat comel dan menawan

memandangkan saya tak rasa nak tengok cerita ni
beberapa episod awal memang saya tak tengok
tapi
sejak dua menjak ni
saya seolah-olah jadi peminat fanatik kisah ini
bagi saya
jalan ceritanya sangat menarik
mengisahkan tentang Dhia yang sering diuji
perihal ilmu hitam yang sememangnya masih wujud di zaman moden ni
dan macam-macam lagi
nampaknya saya harus gunakan khidmat TONTON lagilah
mahu tengok apa jadi di awal-awal cerita

Bunga April
cerita yang tak sengaja ditonton masa di rumah pink (rumah Aleya Anesa)
tengok dua episod kalau tak salah
memandangkan saya dah tertengok, jadi mahu saja saya tengok yang seterusnya
saya ingatkan dua episod yang saya tengok sebelum ni
episod awal
rupanya saya dah ketinggalan empat episod sebelumnya
sekali lagi TONTON menjalankan tanggungjawab
dan pastinya saya akan terus menggunakan khidmat TONTON
untuk melayan cerita ni secara live
nampaknya tak berkesempatan

kisah ni
saya masih tak dapat nak rungkaikan lagi
apa yang boleh saya katakan
ada unsur kekeluargaan, kasih sayang, percaya, usaha, kesedaran
dan banyak lagi
nak tahu lebih lanjut
harus tontonlah


* harap dua kisah ini tidak menghampakan saya...

2 gosip-gosip:

che-a/atiah said...

tv 3 senng sikit.klu x tengok pon,leh tgk kat tonton kan...drma bunga april yg tasha berlakon best..die bawak watak mnejadi la

Hafirda Afiela said...

itulah, TV3 memang senang, tak boleh tengok secara live, pergi aje kat TONTON, saya pun sebenarnya banyak tengok drama Melayu di TONTON, senang... pasal Tasha Shila tu, dia belakon memang menjadi :)