Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, December 27, 2011

:: Rindu ::

baca tajuk N3
pasti ada yang bertanya
dah rindu siapa pulak budak ni
hehehe...
perasan betul!
tak ada siapa pun yang nak tanya
saya bukan siapa-siapa pun...
(gila sedih ayatnya)
tapi
tajuk N3 kali ini
betul-betul mencerminkan apa yang saya rasa tika ini

jangan ada yang salah faham pulak
saya bukan rindu pada sesiapa ya
jauh sekali untuk rindukan si dia
(kalau dia baca ni, mesti dia kecik hati, ampun ya budak buchuk :))
cuma saat ini
tiba-tiba saya ingin kembali pada masa lalu
kembali ke zaman kanak-kanak

zaman kanak-kanak saya bukanlah seronok sangat
saya tak macam orang lain
punyai pengalaman duduk di asrama
bukan saya tidak pernah diberi peluang untuk tinggal di asrama
cuma emak saya yang kurang yakin anaknya ini tinggal di sana
emak lebih suka saya berada di depan matanya
dan peluang ke asrama sebanyak dua kali itu
hanya boleh dipandang sepi oleh saya

saya memang dibesarkan di bandar
pendek kata saya ni boleh dikata orang KL
dalam kata yang lain
saya ni ORANG BANDAR
walaupun sah-sah saya dilahirkan di Tapah, Perak
mungkin sebab itu
ramai yang cakap saya ni murtad Perak
memang pun!
tapi tak bermakna saya langsung tak jejak kampung
tipulah kalau saya cakap tak
dah terang lagi bersuluh
kedua-dua ibu bapa saya punyai kampung
emak di Tapah, Perak
abah pulak di Pontian, Johor (sekarang, di Tumpat, Kelantan)

saya ni cucu sulung di sebelah mak
jadi mungkin sebab itu
saya lebih rapat dengan ahli keluarga emak
tapi bukan bermakna saya tak rapat dengan ahli keluarga abah
cuma zaman kecil saya agak terbatas dengan mereka

memandangkan saya memang tak boleh berpisah dengan KL
saya hanya berpeluang balik ke kampung
pada hujung minggu (jika abah tak bekerja)
dan pastinya tika cuti sekolah

bercerita perihal cuti sekolah
saya pastinya akan balik ke Tapah
(ke Johor sekali-sekala, tapi saya tak pernah ditinggalkan sendirian ya)
tidak Adan yang lebih gemar ikut abah berjamuan ke sana ke mari
kenapa ya saya gemar habiskan masa cuti saya di kampung?
apa yang boleh saya simpulkan
di kampung, saya bebas
tidak di KL yang sangat terbatas pergerakan saya tika umur itu
sentiasa ada pengawal peribadi
(seingat saya, umur saya 18 tahun, saya masih punyai pengawal peribadi)
agaknya atas faktor itulah saya suka habiskan masa cuti di kampung
mungkin!

kalau dah bercuti di kampung
saya dah bukan saya
saya dah jadi orang lain
kebetulan di belakang rumah tok
ada sungai
dulu, suangai tu sangat dalam, bersih, jernih dan cantik
berkubanglah saya bersama sepupu sepapat
kalau tak mandi
kami tangkap ikan
ada keli, udang, macam-macamlah
tapi
khazah saya tangkap tu
tak pernah lama dengan saya
saya simpan
esok pagi saya tengok dah hilang
kerja siapa?
sudah pastinya itu kerja pak cik saya yang baik hati, Cik-cik
dia memang tak suka saya simpan ikan-ikan yang kami tangkap
katanya, kesian dan tak baik
saya?
hanya angguk tanda faham
tapi tetap tangkap dan simpan jugak
sudahnya macam tulah hari-hari
saya tangkap
saya simpan
Cik-cik buang
<-.->

selain berkubang dalam sungai
saya suka ikut Cik-cik
masuk estet
kalau Cik-cik pelawa
dia belum siap
saya dah tunggu depan pintu
saya sangat suka masuk estet
lebihnya suka naik traktor yang Cik-cik pandu untuk angkut sawit
sangat rindu momen ini
sekarang
kalau saya mintak Cik-cik bawak saya
cepat saja dia cakap: "Tak Payah!"

aktiviti saya dan Cik-cik
selain ikut dia masuk estet
saya suka ikut Cik-cik drif dan merempit
(tak sedar diri yang diri tu perempuan)
saya takut juga tapi sangat suka
ada satu ketika tu
balik dari estet
macam biasa saya bonceng motor yang Cik-cik bawak
(memang taklah saya nak bawak motor)
Cik-cik pesan: "Pegang kuat-kuat, kita nak buat lipat ni."
saya ikut tanpa bantahan
memang berlipatlah kami
mujur tak masuk sungai
Cik-cik pesan: "Rahsia! Jangan bagi tahu tok."
dan sampai sekarang tok tak tahu

itu aktiviti saya dengan Cik-cik
kalau dengan sepupu sepapat pulak
selain duk berkubang dalam sungai
kami suka juga main permainan kampung tau
tuju tin, batu seremban, galah panjang, loncat getah, banyak lagilah
dan lagi best
kami semua akan berkelah beramai-ramai di pangkin rumah arwah onyang
sekarang
nak buat balik semua ni
macam dah tak jumpa waktu
masing-masing dah ada kehidupan sendiri
ada yang dah jadi isteri orang
ada yang dah jadi emak orang
keadaan dulu dan sekarang
dah jauh berbeza

tahun 2012 yang bakal tiba ni
umur saya dah di pertengahan 20-an
semua perkara yang pernah saya lakukan dulu
dah semakin jauh saya tinggalkan
saya harap
biar jauh pun saya tinggalkan kenangan dulu
biarlah semuanya kekal di ingatan dan di hati
sebab
saya suka rasa rindu yang wujud
<-.->

0 gosip-gosip: