Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Saturday, December 24, 2011

:: Layan Filem ::

dah lama rasanya saya tak merapu pasal movie
itu bukan bermakna saya
tak tengok wayang ya
cuma aktiviti merapu tu aje saya dah tak buat
atas alasan apa?
entah!
malas kut...

memandangkan sekarang dah hujung tahun dan awal tahun baru bakal bermula
jadual kerja saya amatlah padat
boleh dikatakan saya dan PC sudah menjadi semakin akrab
dah macam belangkas
sampai makan pun duk menghadap PC
kritikal sungguh!

okey
berbalik pada cerita asal
kali ni sempat saya layan dua movie
tapi tidak di panggung ya
hanya di bilik kecil a.k.a opis peribadi saya
sambil buat kerja sambil layan cerita
2 in 1
<-.->

Aku Bukan Tomboy
movie pertama yang saya layan
tak berapa beri perhatian
tapi masih bolehlah faham jalan ceritanya
bagi saya
cerita ni bagus ideanya
cuma adalah beberapa bahagian yang saya rasa agak longgar
tapi tu saya pejam mata ajelah
kalau saya tengok di panggung pun
saya rasa tak rugi duit saya untuk tiketnya
dan saya sangat suka watak yang dibawa oleh Shaheizy Sam
kenapa?
saya pun kurang pasti
apa yang saya tahu
watak yang dibawanya memang sangat terkesan pada saya
tapi jangan ada yang terpedaya dengan kata-kata saya ya
sebab ini hanya pendapat saya secara peribadi

Ra-one
saya tak tahu pun cerita ni wujud atau bakal wujud
kalau Bikash tak sebut pasal cerita ni
memang sampai sudah saya tak tahu
masa Bikash bagi tahu saya
kononnya kami mahu tengok di panggung
tapi biasalah
kami hanya pandai merancang
jadinya tidak jugak
lebih-lebih lagi saya dah menetap di Perak
lagilah susah

memandangkan trailernya asyik diulang tayang di ASTRO
saya tertarik mahu tengok
dan
Khamis hari tu sempat saya layan
bagi saya
saya suka walaupun ada beberapa benda yang bermain di fikiran tak berjawab
tapi kalau dah tengok sambil buat kerja
mungkin ada yang sudah dijawab
cuma saya aje yang terlepas pandang

masa tengok cerita ni
saya tak berapa suka di awal-awal cerita
macam bosan
tapi pasti ada sebab kenapa begitu ceritanya
tak kisahlah apa pun
yang penting terhibur
suka tengok muka Lucifer (anak SRK dan KK dalam cerita ni)
comel!!!

okeylah
saya tak nak merepek panjang
jom layan lagu ni
Chammak Challo nyanyian Akon :)

0 gosip-gosip: