Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, December 29, 2011

:: Laman Sosial ::

hai semua
sejak dua menjak ni
rajin betul saya duk membebel kat pondok saya ni
dah rasa macam saya ni bukan saya
rajin benar update blog
pelik tu!
hehehe...


hari ni saya nak berceloteh pasal laman sosial
sebelum ini
saya dengan laman sosial
sangatlah ada jurang
saya tak berapa nak ambil tahu
bagi saya
cukuplah saya kenal dengan orang-orang yang ada di sekeliling saya
kuno kan saya
<-.->

tapi bila dah meningkat dewasa
saya mula tahu serba sikit
permulaan saya hanya tahu Yahoo Messenger
itu pun ada rakan yang mengajar
saya mula cari kenalan di situ
tapi tak lama
saya ni jenis yang cepat bosan
dan lagi satu
saya ada satu sikap yang bagi saya tak elok sebenarnya
tapi itulah saya tika itu
saya tak percaya hubungan melalui laman sosial
(walaupun tika itu saya ada beebrapa kenalan dari laman sosial)
kalau ada yang mahu kata saya ni kolot atau apa saja
terpulang
sebab itu adalah saya

bila umur makin meningkat
saya mula tahu
apa itu friendster
apa itu myspace
apa itu blog
apa itu tagged
dan macam-macam lagi
demi ikut trend
saya cuba-cuba berfriendster dan bertagged
tapi kalau tuannya adalah saya
jawabnya bersawanglah
hakikatnya
saya memang tak mahir dalam bab laman sosial

bila friendster dan tagged sudah ditinggalkan
saya mula berjinak dengan blog
itu pun saya buat setelah berguru dengan Bikash
pada awalnya
memang saya kalutlah nak uruskan blog
dahlah tak pandai
takut nak mencuba pulak tu
semuanya saya mintak tolong pada Bikash
kecuali bila nak update cerita
tapi bila dah lama-lama
dan sekarang pun dah semakin mudah
saya dah boleh ubah sana sini sendiri
namun saya tetap saya
kalau rajin
berkemaslah pondok ni
kalau malas
biarkan aje


dan sekarang
fenomena facebook sangatlah berleluasa
sehinggakan ada lagu yang tercetus dari laman sosial ini
bukan itu saja
budak-budak kecik pun ada facebook

bila cerita pasal facebook dan saya
situasi masih sama
awalnya saya hanya buat tak tahu
di fikiran saya
hanya satu
ada masa ke saya nak berfacebook
blog pun tak terjaga

akhirnya
keputusan saya buat
saya harus ada facebook
bukan untuk saja-saja
tapi untuk kerja saya sebagai penulis
jangan salah sangka ya
saya berfacebook bukan nak menghebahkan yang saya ni penulis
cuma saya mahu tahu
sejauh mana hasil tulisan saya mampu membuatkan orang lain suka
sejauh mana hasil tulisan saya di mata pembaca-pembaca saya
sejauh mana saya mampu berkarya dalam ratusan penulis-penulis yang sedia ada
selain itu
saya mahu cari rakan-rakan sekolah saya
mahu tahu perkembangan mereka

hari ini
saya ingat saya dah cukup mahir dalam laman sosial
rupanya jangkaan saya salah
banyak benda yang saya tak tahu sebenarnya
betullah kata Bikash
untuk tahu
kita harus try and error

agaknya sebab sikap acuh tak acuh saya
tanpa sedar saya dah melukakan hati beberapa pihak
jujur saya katakan
mesej-mesej yang saya baca hari ini
(entah dari mana saya boleh jumpa bahagian tu di FB pun saya tak tahu)
semuanya tak masuk di peti inbox saya
dan saya mohon maaf atas kesilapan saya itu

untuk hilang seorang rakan di FB
mungkin tidak kisah bagi orang lain
tapi bagi penulis baru seperti saya
seorang itu ibarat sepuluh
dan saya tak pasti saya dah hilang berapa orang rakan
gara-gara mesej mereka yang tidak saya jumpai sebelum ini

buat mereka yang berkaitan
(tak pasti sama ada mereka baca atau tidak)
saya mohon maaf banyak-banyak
dan saya harap
anda semua tidak serik
untuk kenal karya-karya daripada HAFIRDA AFIELA

0 gosip-gosip: