Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Saturday, December 27, 2008

Layan

Yuukan Club


Akhirnya... berjaya jugak saya sudahkan cerita ni. Memang best giler!!! Asyik ketawa aje. Tak tahu di mana lawaknya, rasa nak ketawa, ketawa ajelah hehehe... Pada mulanya, malam krismas hari tu, cadangnya nak sudahkan 2 CD je, alih-alih telampau seronok tahap tak ingat dunia layan cerita ni, habis semua CD (masih berbaki 4 CD) saya layan. Keseluruhannya, cerita ni memang berjaya menambat hati saya. Dalam gelak-gelak tu, seram jugaklah saya tengok cerita ni. Ada satu scene tu, scene patung berjalan dengan sendirinya. Dahlah saya tengok sorang-sorang, malam pulak tu, apa lagi... terus tarik selimutlah hehehe... Cuak gaklah. Dalam melayan-layan cerita ni, ada juga pengajaran yang saya dapat. Emm... biar siapa pun kita, sahabat tetap sahabat. Susah senang sentiasa bersama.

Beverly Hills Chihuahua


Petang Krismas, entah macam mana akhirnya saya bersetuju ikut Adan (adik saya) dan awek dia (Umairah) layan wayang lagi. Asalnya dia orang berdua nak tengok Cicak Man, saya dah mula rasa macam tak best (banyak cekadak pulak-nama pun ikut orang, ikut ajelah kan :-)). Beratur punya beratur, sampai dah di kaunter tiket. Dan nak dijadikan cerita, tempat untuk cerita Cicak Man tak strategik. Jadi dengan selamba aje saya cadangkan tengok cerita Chihuahua ni. Saya tengok preview macam best je, tu yang nak tahu best ke tak cerita ni. Adan pun tak kisah. Dia kata okey. Rasa macam nak meloncat kat situ jugak hehehe... Wayang kul 9.20, ada lagi masa dalam dua jam untuk merewang-rewang. Apa lagi, merewang dululah jawabnya. Bila dah tiba masanya, tahap tak ingat dunia saya tengok Adan ketawa. Kiranya cerita yang kami tengok ni berjayalah buat dia ketawa. Kira kelakarlah. Emm... secara peribadi, memang saya suka cerita ni. Sesuai untuk merehatkan otak yang berserabut fikir macam-macam. Dalam kelakar-kelakar tu, ada juga scene sedih. Kiranya cerita ni stabillah (menstabilkan emosi). Comelnya tengok anjing-anjing tu. Rasa macam nak pergi cari satu dan bela. Memang bestlah cerita ni. CHIHUAHUA!!!

2 gosip-gosip:

czuka @ someboy said...

fida... napa tak datang dengan along, masa malam puisi.?

Hafirda Afiela said...

em masing2 sibuk...
mungkin lain kali :-)