Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, December 23, 2008

Kisah Hujung Minggu

Hujung minggu muncul lagi. Emm... macam biasalah bagi orang yang bekerja macam saya ni, di hujung minggu beginilah masa harus digunakan sebaik-baiknya hehehe... Seperti yang dijanjikan, hari Jumaat malam Sabtu, saya, Bikash, Aleeya, Shanika, Fauzi (adik Bikash) dan Airull (adik Bikash) sekali lagi berkampung di Mid Velly. Buat apa? Tengok wayanglah. Tapi kali ni... hanya satu cerita saja yang ditonton. Emm... kali ni tengok cerita hindustan (Rab Ne Bana Di Jodi). Kali pertama saya tengok cerita hindustan kat panggung. Tak pernah dibuat sebelum ni. Emm tapi sepanjang tengok cerita ni, memang best. Enjoy sangat sangat cerita ni. Asyik ketawa saja bersama Aleeya. Entah apa yang mencuitkan hati kami berdua pun saya tak tahu. Sebab apa ya Kak Leya? Rahsia! Apa-apa pun cerita ni memang best. Sentiasa mencetuskan gelak ketawa. Kalau Adan (adik saya) tahu ni, comfirm dia tengok. Dia ni suka tengok cerita yang ada kena-mengena dengan tarian. Beli CD dia yea Adan. Boleh aku tumpang sekaki hehehe...

Hari Sabtu pulak, pagi-pagi lagi saya dah bangun. Ikut perancangan nak pergi ke kampus. Alih-alih, perancangan hanya tinggal perancangan saja. Masing-masing malas nak pergi kampus (saya dan Bikash). Saya pun apa lagi, tukar baju balik la (uniform tidur). Kononnya nak tidur baliklah. Puas jugaklah saya memujuk mata untuk tidur, alih-alih tak mahu jugak mata ni tidur. Mungkin sebab dah mandi agaknya. Itu yang mata tu cergas saja. Nak buat apa ek pagi-pagi ni? Kemas rumahlah jawabnya. Kemas apa yang patut aje, lepas tu gatal aje kaki ni nak ke Bukit Jalil (melepak kat Jom Heboh). Yang kelakarnya, kali ini saya ke Jom Heboh seorang diri (berani betul!) dan telah dipanggil untuk naik ke pentas booth Mamee Slurp. Memang macam tak percaya. Saya diminta menyanyi bersama Fazli Zainal pulak tu. Mahu tak mahu, nyanyi jugaklah. Hentam kromo ajelah. Pengalaman yang melawakkan betul bagi saya. Selain itu saya ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan Jom Heboh. Dapat jugaklah cenderahati daripada mereka. Dah penat kaki ni menapak sambil mencuci mata, saya pun baliklah ke rumah. Bosan lagi. Alih-alih habis kawasan dapur saya sepahkan. Semata-mata nak masak tom yam aje. Entah siapa yang nak makan entah. Saya sorang-sorang aje waktu tu kat rumah. Rakan serumah yang lain, semuanya balik kampung. Tak kisahlah, asalkan masa saya terisi. Tom yam tu pun licin saya kerjakan. 3 in 1 (makan tengah hari, malam dan tengah malam). Sempat jugak layan cerita Jepun (Yuukan Club) malam ni (sebeum tu sempat layan Sehati Berdansa dulu di siaran Astro Ria). Dah duduk sorang-sorang kan. Nak buat apa lagi kalau tak mengadap TV. Tak sempat habis lagi cerita Jepun ni. Ada lagi 6 CD lagi hehehe... Memang kena sambung tengok!


Kisah hari Ahad pulak, emm tak ada apa yang menarik pun... hari ni saya melepak aje di rumah. Memanjakan diri. Kerja tu adalah buat sikit-sikit. Lebihnya melepak tak ingat dunia hehehe... Itulah saya bila di hujung minggu...:-)

2 gosip-gosip:

Diari Kampung Tengah said...

best ke cite jepun ni?

Hafirda Afiela said...

em xtau nak komen lagi, baru 2 cd, tapi tengok pada gaya ceritanya macam layan aje dengan jiwa...