Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, October 13, 2008

Kisah Raya 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Akhirnya bertemu lagi kita di rumah saya ni. Lama betul saya bercuti hehehe… walaupun dah agak terlewat, tapi saya nak ucap jugak… Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya. Jemputlah makan kuih raya yang terhidang tu hehehe…. Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari yang 13 kita menyambut syawal. Cerita pasal raya ni, ada beberapa kisah saya ingin kongsikan dengan anda semua…

KISAH 1
MALAM RAYA
Tiap-tiap tahun, di kawasan rumah saya, biasanya pada malam raya, akan ada jemaah-jemaah dari surau yang akan bertandang untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Alhamdulillah, tahun ni rumah saya kena giliran pertama (kalau tak mesti kena tunggu sampai pukul dua tiga pagi). Selesai menyiapkan juadah yang ingin dihidangkan, sempat juga saya menjadi pemerhati adik saya (melapangkan ruang tamu dan tempat parkir kereta). Selesai semua tugas-tugas yang telah dibahagi-bahagikan, saya dan adik (Adan) melepaklah di kawasan laman rumah (sementara menanti jemaah-jemaah surau tiba). Bercerita macam-macam. Sempat jugak berposing-posing (entah kenapa Adan pulak yang sakan nak bergambar). Dalam seronok bergambar-gambar, baru kami sedar yang dua ekor kucing yang kami bela hilang ghaib entah ke mana. Cari punya cari, atas atap rumah duduknya. Geleng kepala saya dibuatnya. Bila Si Kenit (kucing yang besar) dah selamat turun, Si Memet (kucing yang kecik) terkial-kial nak turun-lebihnya gayat. Mahu tak mahu, terpaksalah Adan memanjat untuk membantu Si Memet turun. Memang malam raya yang lain dari yang lain untuk tahun ini.


Kenit yang comel


Memet yang nakal :-p

(Dua ekor kucing yang buat hal di malam raya)


* Ajaib bila Adan tolong saya buat persiapan untuk jemaah-jemaah surau. Tahun depan tolong lagi ya :-p.

KISAH 2
RAYA PERTAMA

Bangun saja dari tidur, dah dengar orang bertakbir. Tiba-tiba rasa sedih pulak. Tak tahulah kenapa. Teringat pada seseorang kot. Mungkin! Emm…tak sabar betul nak balik rumah atok dan opah. Selesai saja sembahyang raya, bersarapan dan bermaaf-maafan, laju saja saya berkemas untuk pulang ke rumah tok dan opah (tak jauh pun dari rumah). Dah beraya dengan tok dan opah, habis satu kampung (kebanyakkannya rumah opah dan tok sedara) tu saya jelajah. Emm… sempat jugaklah beraya di Tapah Road. Kata abah, biarlah sekali jalan. Ikut sukalah. Saya ikut aje. Sampai petang jugaklah duk berjalan raya. Duduk rumah tok sekejap, saya kembali balik ke rumah (abah ade ambil tempahan masak plak). Malam, tak buat apa pun. Tunggu kawan saya aje yang datang. Nak dekat pukul 10 baru dia orang semua sampai. Amik! Dua biji kereta sekali. Tercari-cari gak kalau ada kawan saya yang perempuan, emm… semuanya lelaki. Mati akal jugaklah saya. Malu! Dah lama tak jumpa hehehe… kejap je malunya, dah sembang dua tiga cerita, keadaan kembali stabil hahaha…. Sekali-sekala kembali berkumpul, habis semua cerita lama dibuka. Macam-macam cerita! Ketawa, usah cakaplah… tak henti-henti. Rasa macam nak ulang balik aje kenangan dulu. Dah sakan bercerita dan makan itu ini, mereka semua pun mintak diri. Dan saya… kembali mengemas barang. Esok nak jalan jauh!!!

Bermaaf-maafan di pagi raya


Sempat bergambar kenangan-dah lama tak tangkap gambar keluarga

Pasangan bahagia


Saya dan Adan

* Terima kasih kat Hafif (ketua rombongan) dan semua yang datang. Jangan tunggu raya aje baru nak datang. Hari lain pun rumah Da sentiasa terbuka :-p.

KISAH 3
KELANTAN DAN TAIPING

Raya ke-2, selamat bertolak ke Kelantan-Tumpat (rumah mak long saya sebelah abah). Sedih sebab tak jadi balik beraya di Johor-Pontian (kampung sebelah abah). Tak kisahlah yang penting dapat jumpa nenek sebelah abah. Memang jauh dan lama betul nak sampai ke Kelantan. Naik nak tercabut pinggang. Adan lagi kesian-jadi driver. Sampai aje kat rumah mak long saya, apa lagi semuanya terbungkang. Rehat! Dah hilang rasa letih, saya kembali bersiap-siap untuk menziarah kawan (semasa belajar dulu) saya yang kebetulan duduk di Kelantan. Cari punya cari, akhirnya jumpa rumah dia. Duk bergebang itu ini, akhirnya saya minta diri. Sempat jugak pusing-pusing pekan Kota Bharu. Seperti biasa bila dah berkumpul dengan sepupu yang sebaya dengan saya, duk bercerita itu dan ini. Entah pukul berapa tidurnya, kami pun tak sedar. Tapi sesi luahan perasaan semuanya sempat dijalankan. Sabar ya Una! Dugaan tu. Raya ke-3, saya bertandang lagi di rumah salah seorang lagi teman sewaktu belajar dulu. Nak sampai ke rumahnya, aduh kena tempuh kesesakan jalan raya yang saya sendiri tak sanggup nak tempuh. Hujan pulak tu. Memang menguji kesabaran betul. Nasib baik bukan saya yang memandu :-p. Akhirnya sampai jugak saya di Bachok. Selesai beramah mesra dengan keluarga kawan saya ni, sempat pulak pergi ke rumah abang dia yang kebetulan buat majlis jamuan raya. Memang langkah kananlah kami semua.

Balik dari Kelantan, saya singgah di Taiping. Tidur semalam di rumah tok angkat saya. Memang best. Mandi air kolah. Bayangkan pukul 3 pagi saya mandi, apakah rasanya? Sejuk gila! Tapi best! Yang lagi best, sebelum balik sempat dibekalkan dengan kuih-muih, jeruk petai, ikan pekasam, tempoyak, macam-macamlah. Senyum sampai ke telinga mak dan abah. Dia orang aje yang makan benda tu semua (saya dan Adan, Perak murtad :-p). Dah kebetulan sampai di Taiping, sempat jugak saya dan keluarga pergi ke Selama-Felda Ijok (menziarahi opah angkat-opah Fatien (kawan) sebenarnya). Abah pun tak lepas peluang menziarahi kawan-kawannya. Sampai malam jugaklah. Lepas Maghrib baru kami bertolak balik ke Tapah. Jalan tetap sesak. Nasib baik ikut jalan kampung, taklah sesak sangat macam di lebuhraya. Sampai saja di rumah, ingatkan saya akan terus tidur. Rupanya sempat lagi melepak dengan Adan. Layan TV.

Raya paling sakan!!!


Dalam kereta pun sempat posing-Adan tengah drive tu,bahaya!!!


Abah menyandar aje, tak perlu memandu


Abah dengan ahli keluarganya


Saya dan sepupu (Husna)


Abah dan bondanya yang tercinta


Adan sibuk makan


Bergambar kenangan bersama tok angkat di Taiping


Bergambar kenangan bersama Tok Chop

* Terima kasih untuk mak long sekeluarga, Mek Sue sekeluarga, Ehendro sekeluarga, Tok Chop sekeluarga, Opah dan mak ngah, Cik Rahim sekeluarga, Cik Jalil sekeluarga dan Cik Termizer sekeluarga. Insya-Allah tahun depan jumpa lagi.

0 gosip-gosip: