Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday, September 24, 2008

Bercuti Sakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hai semua! Bertemu kembali! Pejam celik, pejam celik, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Alhamdulillah masih diberi keizinan dari-NYA. Eh! N3 kali ini bukan mahu bercerita tentang bulan puasa atau Syawal yang bakal menjelang, tapi… hanya ingin berkongsi cerita tentang cuti saya selama empat hari di KL dan Kuantan. Pada 17 September lalu, dengan semangatnya saya kembali memijakkan kaki di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Bukan buat apa pun, saja aje nak melepak dengan kawan-kawan lama. Memandangkan rumah sewa saya di KL sebelum ini sudah selamat menjalani upacara serah menyerah, dengan muka tak malunya saya pun menumpang kasihlah di rumah Bikash. Dah hampir sebulan tak berjumpa, sakan gaklah kami berdua bersembang itu dan ini. Menghabiskan masa berbuka puasa bersama-sama (juga bersama Rehal, Kak Ana KarnaDya dan seorang lagi adik Bikash-Fauzi). Bila semua dah berjumpa, terus lupa apa yang berlaku di sekeliling hehehe…


Selesai agenda-agenda di KL, pagi-pagi lagi pada hari Sabtu (20 September), saya, Bikash, Aleya Aneesa dan PA tak bertauliah (Adan) sudah meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan Pahang. Nak tahu apa programnya? Saja nak berbuka puasa. Jauh tu!!! Macam tak masuk akal kan? Tapi itulah kenyataannya :-). Sebenarnya bukan itu saja tujuan kami semua. Alkisahnya adalah ingin mengeratkan lagi hubungan sesama penulis FP. Kami ke Kuantan adalah untuk bertemu Eny Ryhanna dan Teja Irzara (Dik Da dan Roy jugak). Memandangkan tujuan utama ke Kuantan adalah untuk berbuka puasa beramai-ramai, jadi kami semua memilih untuk berbuka puasa di padang yang berhampiran dengan masjid negeri (ntah siapa yang belanja pizza ntah, apa-apa pun terima kasih bebanyak) sebelum sama-sama teruja makan di restoran yang terletak berhampiran dengan laut. Cerita pasal berbuka puasa di padang, sumpah saya tak tahu yang masyarakat di Kuantan ni memang mengamalkan cara yang satu ini. Boleh dikatakan satu padang bola sepak tu, penuh dibanjiri dengan lambakkan manusia. Mulanya saya ingat ada majlis apa-apa ke di situ, rupanya memang langsung tak ada majlis. Hanya untuk berbuka. Pelik jugaklah! Lama-lama baru boleh terima kenyataan :-p. Memang satu pengalaman baru untuk saya. Selesai saja berbuka puasa secara melapik perut, kami semua terus ke salah sebuah restoran di tepi laut. Alhamdulillah hajat kami tercapai walaupun hajat yang sebenar masih tertangguh (nak makan seafood—kita simpan lain kali ya Bikash, Aleya dan Adan).

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang sempat diambil:-

5 penulis FP yang gila-gila


saya dan Bikash-sempat landing lagi

bersuka ria

masa untuk makan


Bikash posing maut :-)

PA tak bertauliah (Adan)

Selesai saja bersuka ria di Kuantan Pahang, kami semua kembali pulang ke KL pada hari Ahad (walaupun lari dari waktu yang dijanjikan). Waktu datang Bikash yang memandu, waktu balik tiba giliran PA yang tak bertauliah yang dilantik khas oleh Aleya Aneesa yang memandu. Laju betul dia bawak kereta. Menjerit jugaklah kami bertiga kat dalam kereta tu (nak tido pun tak lena). Sampai aje di KL saya dan Adan tidak lagi mengikut Bikash dan Aleya. Saya masih ada program lain dengan family tercinta (Kak Leya, Dewi tuntut lagu hehehe...). Kembali berjalan di sekitar KL. Punya sakan berjalan di Wangsa Maju (Carefour), Bukit Bintang dan Jalan TAR, langsung tak sedar yang jam sudah hampir menunjukkan jam 1 pagi. Naik nak tercabut kaki ni dibuatnya. Apa lagi, pantas sajalah saya ajak mereka semua balik. Setelah menghantar Adan ke rumahnya di Gombak, saya dan family pun bertolak balik ke Perak. Nak tahu sampai kul berapa? Jam 5.30 pagi (sahur dalam kereta). Memang berjalan sakan. Dan akhirnya hari Isnin saya bercuti lagi :-)...(mesti Bikash bengang).

0 gosip-gosip: