Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, November 17, 2008

Kalau Dah Jodoh...

Percaya atau tidak, inilah takdir-NYA. Kalau dah jodoh, apa saya boleh buat. Eh! Jangan semua salah faham pula dengan tajuk N3 dan ayat pembukaan kali ini. Sebenarnya, tajuk N3 kali ini adalah berkisar tentang pertemuan kembali antara saya dan seorang rakan sekolah dahulu (rakan sekolah rendah). Hampir sepuluh tahun kami berdua terpisah dek jarak waktu dan kesibukkan masing-masing, tak sangka hujung minggu baru-baru ini kami dapat luangkan masa bersama. Berceritanya usah cakaplah, tak tahu nak berhenti di mana. Ada saja cerita yang ingin dibualkan. Sampai ke pagi jugalah kami berdua berboarak sakan :-). Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat Saparina yang mana sudi bertandang ke rumah saya. Nanti kita jumpa lagi ya...

Saparina Ya'akob-tetap sama :-)

1 gosip-gosip:

aku Adriana said...

ANAK SAPA LA YG COMEI 2...VISIT MY BLOG...adrinaz.blogspot.my
nnt jmpa lagi k..kt masak resepi len plak..miss u