Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday, August 6, 2008

Meh Kongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Lama rasanya kita tidak bersua… sibuk menyelesaikan perkara yang penting terlebih dahulu. Emm… nak berkongsi tentang apa yan kali ini? Rasanya banyak yang ingin dikongsikan. Tapi… nak diceritakan semua rasanya macam tak kena pulak. Saya cerita apa yang perlu sajalah ya…

KISAH 1
(Akhirnya Selesai Sudah)

Alhamdulillah akhirnya sesi pengajian saya dalam bidang Penulisan Kreatif di ASWARA selamat diselesaikan. Keputusannya juga sudah saya terima. Tinggal tunggu konvonya aje. Bila ntah, saya pun kurang pasti lagi. Emm… bila dah habis belajar ni, rasa bosan jugak tak tahu nak buat apa. Kalau dulu sibuk dengan tugasan-tugasan kuliah dan beberapa aktiviti-aktiviti yang diadakan, tapi sekarang, sibuk pula memerah otak untuk menarik minat ‘ilham’ dan ‘ mahmood’ bagi membantu saya untuk menyudahkan novel yang tergendala. Bilalah nak siapnya entah. Bila dah seharian menatap komputer, mulalah terkenang saat belajar dulu. Rindunya!!! Insya-Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan akan kembali menyambung pelajaran. Di mana dan apa bidangnya masih dalam perhintungan.

tetap mengadap komputer walaupun dah habis study-dah terbiasa sebenarnye

*Rindu pulak nak membelek-belek buku-buku di rak Encik Zack. Lebih tepat meminjam sebenarnya. Insya-Allah ada masa saya akan datang menziarah ya Encik Zack.

KISAH 2
(Sibuk Mengemas)

Kisah kali ini betul-betul mencuit hati saya. Mana tidaknya, saya mengambil masa selama 3 hari untuk mengemas semua barang-barang saya dari KL. Masya-Allah banyaknya barang. Dah macam hidup berkeluarga pulak hahaha…. Setelah rehat seharian, esoknya saya mulalah dengan aksi-aksi kuak lentang tanpa air. Habis semua barang-barang dalam kotak, saya punggahkan. Nak kata baju saya banyak, tak pun. Yang banyaknya buku-buku (macam-macam jenis) dan nota-nota sepanjang kuliah. Mula-mula buntu jugaklah duk memikir mana saya nak simpan buku-buku saya. Nak diletakkan di dalam rak yang ada, dah 2 rak saya penuhkan. Alih-alih, masalah ini dapat juga diselesaikan. Habis pikir bab buku, bab almari pulak kena ambil kira. Takkan lah saya nak main tereban aje baju-baju saya tu. Masaklah saya nak dengar mak saya membebel. Satu hari gaklah saya duk mengemas almari baju. Pilih duk pilih, asing duk asing, akhirnya tersusun cantik. Dan hari yang terakhir, tak pasal-pasal satu rumah saya kena kemas. Mana tidaknya, kalau dah sebelum ini saya dah sepahkan—kotak sana sini. Terpaksalah saya kemaskan kembali. Sekarang saya dah mampu tersenyum samapai ke telinga sebab tak perlu tengok keadaan yang macam tongkang nak pecah hehehe…. Terima kasihlah Kenit dan Memet (kucing-kucing saya) sebab sudi temankan tuan kamu ni mengemas.

*Tinggal satu tempat saja lagi yang belum sempat saya kemas. Halaman rumahlah. Nanti-nantilah. Selalunya bahagian luar, abah saya yang akan ambil bahagian :-p.


KISAH 3
(Kembali Berdamai)

Jangan ada yang terkejut pulak dengan tajuk kisah kali ini. Jangan risau, saya tak ada gaduh dengan siapa-siapa pun. Cuma apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah kisah dua ekor kucing saya yang dah kembali berdamai. Asalnya kucing saya hanya ada seekor saja. Entah dari mana entah muncul 5 ekor anak kucing dekat depan pagar rumah saya beberapa bulan yang lalu. Kesian punya pasal, mak saya ambil dan bela. Tapi… dalam 5 ekor tu, seekor aje yang hidup. Yang lainnya selamat diambil kembali oleh penciptanya. Nak dijadikan cerita, kucing yang saya panggil Memet ni, nak berkawan dengan kucing saya yang saya panggil Kenet. Tapi Kenet sikit pun tidak menunjuk reaksi yang dia ingin menyambut slaam perkenalan Memet—lebihnya dengki dan cemburu. Entah apa mimpi Si Kenet tu dua tiga hari lepas, saya pun tak tahu. Elok aje dia berkawan dengan Si Memet. Makan sama-sama, main sama-sama, pendek kata semuanya dibuat bersama-samalah. Yang lagi mencuit hati saya, Si Memet akan mengikut apa saja yang Si Kenet lakukan. Kalau Kenet menjilat bulunya, Memet pun akan menjilat bulu juga. Entah apa perangailah kucing dua ekor ni. Tak kisahlah, yang pastinya saya suka bila kucing-kucing ni ada. Menghiburkan hati sebenarnya.

Kenit nyenyak tidur


Memet yang rajin membaca :-)-mengacau sebenarnya


Dua ekor kucing yang sudah berdamai :-)

*Rindu pulak kat satu-satunya adik yang saya ada. Bilalah kau nak balik jumpa aku Adan oi… dah tak ingat jalan balik rumah ke?

Setakat ini dululah kisah yang mampu saya kongsikan dengan anda semua. Insya-Allah jika ada lagi kisah yang ingin saya kongsikan, akan saya kongsikan. Daaa… jumpa lagi...



1 gosip-gosip:

Sari Dahlia said...

Comel....comel...comel.....