Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, July 14, 2008

Kisah Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama rasanya tak ke sana ke mari sepanjang hujung minggu. Nampaknya… saya masih berpeluang. Mari saya kongsikan aktiviti saya sepanjang hujung minggu kali ini…


KISAH 1
(Selamat Bertunang!)

Khamis baru-baru ini, saya gagahkan diri juga untuk kembali pulang ke Kuala Lumpur setelah seminggu berkampung di kampung halaman. Pada awalnya malas gak :-p. Bukan apa, dari duk terperap aje di rumah sorang-sorang, baik saya layan kerenah dua ekor kucing saya :-p. Tapi bila mengenangkan hari Sabtu (12 Julai 2008), kakak angkat saya akan bertunang dan entah berapa kali dipujuk-pujuknya saya agar menghadirkan diri, akhirnya saya muncul jugaklah di rumahnya yang terletak di Ampang pada hari Jumaat petang. Dah nama pun kami tuan rumah, sakanlah duk buat persiapan. Saya dan kakak angkat saya ni ambil bahagian mengemas. Manakala mak dan beberapa orang saudara-mara, berhempas-pulas di dapur—membuat persiapan untuk memasak esok. Habis satu rumah sibuk bekerja. Selesai semuanya, kami semua berkumpul di ruang tamu. Saja borak-borak. Sakanlah kami semua duk bergelak ketawa. Pecah perut saya dibuatnya. Semuanya angkara Ngah (makcik kakak angkat). Memang seronoklah malam tu. Mungkin masing-masing dah lama tak jumpa. Macam-macamlah yang diborakkan. Dan… bila dah ada kenduri-kendara macam ni, jangan haraplah nak tidur awal. Hampir pukul empat pagi, baru suasana yang tadinya riuh kembali senyap—semuanya dah selamat ke alam mimpi.

Esoknya (12 Julai 2008), selepas Zohor, kakak angkat saya… selamat bergelar tunangan orang. Tahniah! Selamat bertunang Kak Illa dan Abang Din. Semoga berbahagia hendaknya. Kahwin nanti jangan lupa jemput yea :-p (dijangka bulan 11 tahun ni jugak).




* Masih menunggu-nunggu salah seorang yang rapat dengan saya menjemput saya untuk majlis begini. Bukan majlis orang lain, tapi majlis dia sendiri. Bila ya? Siapalah gerangan orangnya (siapa makan gula, dia yang terasa manisnya).


KISAH 2
(Masa untuk Diri Sendiri)

Selepas menghantar seorang rakan saya (dari Perak) ke Pudu Raya, cadangnya nak merayap-rayaplah di sekitar KL. Tapi… bila mengenangkan saya sendirian, takut jugaklah. Bukan tak biasa jalan sendirian, tapi… bila tengok di sekeliling saya ramai yang bukan rakyat Malaysia, saya jadi cuak pulak. Dan… akhirnya saya balik. Melepak beberapa jam di rumah, tak sangka pulak rakan serumah ajak keluar. Saja merehatkan diri katanya. Pucuk dicita ulam mendatang. Setelah berbincang beberapa ketika, Times Square menjadi pilihan kami untuk dituju. Bukan nak berjalan-jalan atau mencari barang pun, hanya untuk menonton wayang. Dah lama rasanya tak tengok wayang. Apa lagi, kaunter tiket jadi sasaran pertamalah dan filem Get Smart menjadi pilihan. Tak buat kerja gila dah (tengok wayang secara maraton). Itu hanya dengan Bikash, Leya dan Shanika saja (bilalah nak keluar dengan korang). Get Smart?! Memang menarik! Tak rugi rasanya saya keluarkan duit untuk filem ini. Mana tidaknya, asyik duk ketawa aje. Nak kata ceritanya lawak sangat, taklah, tapi cukup menghiburkan. Dan… akhirnya saya mempunyai masa untuk diri sendiri.

0 gosip-gosip: