Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Saturday, July 5, 2008

Mana Yang Harus Dipilih

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tak ada apa yang menarik pun kali ini, hanya sekadar ingin melempiaskan perasaan hati yang dah berkecamuk ketika ini. Sekurang-kurangnya mungkin akan berasa sedikit tenang setelah berkongsi dengan anda semua. Insya-Allah.

Pilih A atau B? Itulah yang saya rasa kini. Saya paling tak suka menghadapi situasi begini. Situasi yang mengharuskan saya memilih di antara dua. Bagi saya, dua-dua penting dalam hidup saya. Sama ada ingin mengikut kata hati dan terus menjadi diri sendiri atau… susahnya untuk saya coretkan. Hanya Tuhan yang bisa menenangkan hati dan perasaan saya ketika ini. Itu yang saya harapkan. Buat insan yang saya gelar ‘Chipsmore’, apa yang awak katakan itu betul, tapi… biarlah saya dengan diri saya. Tak salah rasanya kalau saya jadi diri sendiri. Ini cara saya. Apa yang boleh saya katakan, saya bertuah mengenali awak. Thanks for everythings.

sebagai hiasan-tengok benda hijau kan bagus :-)

1 gosip-gosip:

Bikash Nur Idris said...

mak aih... mcm berat aje kalimahnya...