Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, June 29, 2008

Bersua Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai! Bertemu kembali kita setelah sekian lama saya bercuti. So, apa cerita terbaru? Memang banyak cerita yang ingin dikongsikan, tapi tak tahu nak mulakan dari mana. Okey macam ni, saya coretkan yang mana perlu sajalah ya…

KISAH 1
(Akhirnya saya Merdeka)

Merdeka! Merdeka! Akhirnya saya merdeka setelah 3 tahun saya bergelar pelajar. 18 Mei 2008 yang lalu, tepat jam 3 lebih petang (masa sebenar tidak direkodkan), saya sudah mampu menarik nafas lega setelah Projek Akhir (PeTA) saya selesai secara rasminya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa soalan yang saya kira maut jugaklah hehehe…. Apa-apa pun saya tak boleh terlalu gembira, keputusan sebenar masih belum diketahui. Akhir bulan tujuh nanti baru keputusannya akan diketahui. Harapnya berpihak pada saya. Di bawah ini saya lampirkan beberapa gambar yang sempat diambil:-


Skrip Nasabah yang dipertaruhkan untuk PeTA (sudah siap dijilidkan)

Tekun mendengar soalan yang diajukan (dalam hati-cuak bagai nak gila)


Bersama penilai dan rakan-rakan yang dinilai untuk Skrip Drama Pentas


Bersama penyelia En. Zakaria Ariffin


Bersama para pensayarah, para penilai dan rakan-rakan yang dinilai (tiada di dalam gambar: Along, Airull dan Roy)


KISAH 2
(Kalimah Cintamu dilancarkan di ASWARA)

Novel Kalimah Cintamu telah dilancarkan di ASWARA pada 27 Mei 2008 yang lalu. Novel ini dilancarkan bersama 3 buah lagi novel kreatif (Atas Nama Cinta-Bikash Nur Idris, Bila Hati Berbisik-Rehal Nuharis, Khilaf-Nada) dan sebuah buku yang bersifat ilmiah (buku muzik-Lee Elaine) yang mana kesemuanya hasil dari pelajar-pelajar ASWARA. Kesemua novel-novel ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Y.B Tuan Teng Boon Soon) .

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan:-


Y.B Tuan Teng Boon Soon sedang melancarkan kelima-lima buku yang dilancarkan


Lee Elaine, Bikash, Rehal, Nada dan saya bersama buku masing-masing


Bersama keluarga- terima kasih kerana sudi datang


Rasanya cukup kut dengan dua kisah ini, nanti saya coretkan kisah-kisah yang lain pula. Sehingga bertemu lagi...

0 gosip-gosip: