Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, November 20, 2012

:: Hujung Minggu ::


kalau baca tajuk
pastinya semua dah tahu apa yang saya mahu bebelkan kali ini
ya, perihal hujung minggu
kisah hujung minggu untuk dua minggu
kisah hujung minggu yang terasa amat padat
dan 
kisah hujung minggu yang membantutkan
niat saya untuk tidur tak ingat dunia
hehehe...

okey
kita mula dengan minggu pertama
seperti yang dijanjikan
saya harus ke majlis perkahwinan rakan baik saya
kalau saya tak datang
mahu dia pancung kepala saya
sebab dia dah ingatkan saya beberapa bulan awal
kalau saya buat-buat lupa
memang saya saja cari pasallah

ikut apa yang dirancang
awal-awal pagi lagi saya dan mak dah berangkat ke KL
bukannya jauh sangat pun Tapah - KL
tapi terasa penat jugalah
awal pagilah katakan...


Sap & mak
bergambar di rumah Afif
sementara nak tunggu yang lain-lain tiba
mahu konvoi ke rumah pengantin perempuan di Selayang


Afif yang tekun mendengar nasihat daripada tok kadi


inilah Nad
(sebelum ni hanya kenal nama dan melalui gambar sahaja)
akhirnya dapat juga bertentang mata
lain betul rupanya dengan gambar yang saya tengok sebelum ni


alhamdulillah...
dengan sekali lafaz
Afif dan Nad sah bergelar suami dan isteri
moga bahagia ke akhir hayat ya :)

selesai semua majlis
saja aje kami mahu melepak di Putrajaya
saja-saja ambil angin dan cuci mata
tempat yang dituju: Alamanda & Masjid Besi


saya, Sap & mak
kalau pasal bergambar
kamilah orangnya


Adan & Pali
dah kamcing budak dua orang ni
saya asyik jadi bahan usikan dia orang aje
hampeh tul!


kolam buatan yang dibina mengelilingi ruang solat utama
cantik sangat
damai


Pali & saya
posing lagi


Sap & Adan


saya yang ayu
hehehe...

selesai untuk hari pertama di minggu pertama
memandangkan saya mahu kembali ke KL
untuk beberapa hari seterusnya
dengan rela hati
Bikash Nur Idris mahu ikut saya ke Tapah
dan apa yang bermain di fikiran dia
hanya mahu mandi di Kuala Woh
(sebelum ni dia datang - tak berpeluang)


 Bikash Nur Idris
posing pertama sebaik sampai
teruja betul dia nampak air


BNI & saya
sempat lagi posing dalam air


BNI & mak
nak ikutkan banyak lagi gambar posing mereka berdua ni
saya masukan yang ini ajelah ya

selesai satu minggu
saya kembali dengan kerja-kerja opis
kali ni turun opis di KL
banyak skip
banyak cutilah katakan
dan Jumaat saya kembali ke Tapah
kalau minggu sebelum tu BNI yang ikut saya
untuk minggu kali ni
si dia pula yang ikut
juga mahu mandi-mandi
tapi tidak di Kuala Woh
kali ni ke Hot Springs Sungai Klah


  mak & saya
akhirnya kami sampai
nama aje orang Perak
tapi inilah kali pertama sampai
tak apa
yang penting dah sampai
dan
saya dah tunaikan janji saya pada mak


Zulfadhli
senyum aje
hajat di hati dah tertunai kan...

gambar di Hot Springs tidaklah banyak sangat
hari hujan dan tak sempat nak bergambar sakan
nanti-nanti datang lagi
pasti akan bergambar sakan :)

hari seterusnya
ke majlis kahwin lagi
kali ni majlis kawan di Tapah
disebabkan majlis inilah saya tak boleh lama di KL
pada minggu sebelumnya
sebab yang ini dah macam keluarga dengan saya
mak dan ayah si pengantin dengan mak saya kawan
jadi memang tak ada alasan untuk tidak datang kan...



Zaili & Eika
selamat pengantin baru


umi & abah
bersalaman dengan anak dan menantu
tahniah umi dan abah
dah dapat menantu
nanti dapat cucu pulak
hehehe...

habis aje majlis
mak ajak ke kebun
katanya nak kutip durian
mahu tak mahu
saya turutkan juga dalam hujan


dan inilah fesyen saya
mengutip durian dalam hujan
baju kurung + topi cantik


 Zulfadhli & mak
seronok aje si dia tu
padahal bukan dia makn pun durian tu
yang mak pulak
sakan tu dengan kebaya bagai mengutip durian


dan inilah hasilnya yang kami dapat
adalah dalam 7 ke 8 biji
siapalah yang nak makan ni
saya bukan hantu durian
jawabnya maklah makan sengsorang :)

fuh!
itulah cerita hujung minggu saya selama dua minggu ini
hilang terus hajat saya mahu tidur tak ingat dunia
nampaknya minggu depan ajelah saya pasang hajat yang satu itu
sebabnya
minggu ini harus ke KL lagi
harus bawa opah dan tok
ada majlis perkahwinan mak cik saya
harapnya semuanya berjalan lancar
insya-Allah...

 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: