hai semua
saya mahu main taip-taip lagi
jari-jemari saya ni rajin betul dua tiga hari ni
hehehe...
okey
kali ni saya mahu cerita perihal
budak kecik dalam pelukan saya ni
nama dia Damia
(apa nama penuh dia, saya tak tahu)
saya panggil dia Mia
Mia ni kira anak sedara saya
kiranya saya ni mak cik dialah
mak cik yang muda lagi ayu
perasan betul
berbalik pada cerita asal
Mia ni duduk dengan opah sedara saya
memandangkan saya agak rapat juga dengan opah sedara saya yang seorang ini
rajin jugaklah saya bertandang ke rumah dia
dan budak kecik ni sangat rapat dengan saya
(memang jenis budak yang tak takut orang)
nak dijadikan cerita
satu hari masa saya ke rumah opah sedara saya ni
(malam kalau tak salah - sewaktu gambar di atas diambil)
budak kecik yang nama Mia ni
petah benar bercerita itu dan ini
macam-macam dia cerita dekat saya
dari kisah kucing dalam rumah opah sedara saya
sampailah kisah yang saya sendiri pun tak tahu nak terangkan macam mana
senang cerita
kisah budak-budak
dalam dia bercerita sakan
tiba-tiba dia nampak telefon saya
kata dia sambil tunjuk telefon saya: "Ada kucing tak dalam ni?"
saya angguk dan terus buka bahagian galeri gambar
dia tengok satu per satu gambar yang ada
semua gambar dia tengok
gambar kucing
gambar saya
gambar macam-macam
semualah dia tengok
setiap kali dia nampak gambar saya
pasti dia akan tanya: "Ni siapa?"
dan saya tak jemu menjawab: "Cik Intanlah."
habis dia tengok semua gambar
dia sambung bercerita lagi
kali ni
dia siap baring di ribaan saya lagi
petah dan bijak budaknya
masa saya nak balik
dia salam saya
dia cium pipi saya
dia tanya lagi sambil tunjuk saya: "Ni siapa?"
saya jawab: "Cik Intan..."
dia senyum dan cakap: "Ooo... Cinta."
saya jawab: "Bukan. Cik Intan."
dia tetap cakap: "Cinta."
sudahnya saya senyum aje
cinta pun cintalah
mungkin dia tak pandai nak sebut Cik Intan kut
dan sampai sekarang
kalau dia jumpa saya
dia akan panggil saya CINTA
Mia...
biar apa pun Mia panggil
Cik Intan tetap sayang Mia
jadi anak yang baik ya sayang
(>.<)
0 gosip-gosip:
Post a Comment