Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, July 19, 2012

:: 1 Mesej ::

1 message received
bukan pelik pun bila dapat mesej
boleh dikatakan setiap hari saya dapat mesej
anda juga kan...
tapi mesej kali ni
betul-betul buat saya terkedu


tika itu telefon kat katil
saya tak ambil kisah pun
(beberapa hari ni memang saya kurang kisah pun dengan telefon)
saya keluar
ambil air
kemudian kembali masuk bilik
tiba-tiba tangan saya capai telefon
nampak ada lampu putih klip-klip
(akan bernyala jika ada mesej atau panggilan tidak dijawab)
saya tekan satu butang
keluar nama dia
saya kaku
hanya pandang tanpa teruskan proses seterusnya
ada air mata bertakung di kelopak mata
setelah begitu lama
nama dia wujud kembali dalam senarai mesej saya
percaya tak percaya dibuatnya

bila saya dah kembali stabil
(maksudnya tak kaku lagi)
saya tekan butang seterusnya
terpampang mesej dia

'Salam ramadan. Moga smkn diberkati al rahman spnjg ramadan ini...'
# hugs #

simple
hanya ucapan selamat berpuasa
tapi
kenapa saya hujan?
aduhai...
cengengnya saya

harapnya mesej itu benar-benar mahu dihantar pada saya
bukan salah hantar
bukan juga disebabkan nombor saya terselit sama di telefon dia

buat dia
terima kasih atas ucapan tu
kita rindu awak sangat-sangat
betul-betul rindu
harap akan ada peluang untuk kita berdua bersua ya
jaga diri tau
sayang kamu :)


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: