Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, June 28, 2012

:: Saya, Dia & SMS ::

wah!
sekarang ni
rajin sungguh ya saya menconteng rumah saya ni
dah kenapa ya?
tertelan ubat terlebih rajin agaknya
hehehe...

perubahan mungkin
manusia dan perubahan kan tak akan lari jauh
mungkin ini salah satu perubahan yang saya alami
tapi bukan soal perubahan yang ingin saya katakan di sini
hanya mahu berkongsi kisah yang tiba-tiba buat saya terfikir sesuatu

petang tadi
saya mesej dia
dia yang bagi saya sangat baik hati dan lemah lembut orangnya
saya jarang bermesej dengan dia
kalau ada pun hanya di FB
itu pun boleh dikira dengan jari
dan selalunya 
mesej yang saya hantar
pasti atas sebab-sebab urusan
hari ini
masih urusan juga yang menjadi kuncinya

saat urusan yang dibincangkan selesai
tiba-tiba dia buka satu cerita
cerita yang agak peribadi
dan patutnya dia bukan pilih saya untuk jadi pendengar
jangan salah faham ya
bukan maksud saya untuk tidak sudi menjadi pendengar
cumanya saya ini masih budak hingusan
(berbanding dia yang jauh lebih makan garam daripada saya)
masih banyak benda yang saya tak tahu pasal dunia
ini kan pula yang melibatkan
ilmu agama, kepercayaan, kejujuran dan amanah seseorang
saya rasa saya bukan orang yang tepat

tapi
kalau dia dah sudi nak bercerita
apa salahnya saya menjadi pendengar
bukan kena bayar pun
manalah tahu
saat dia bercerita kepada saya 
mungkin segala rasa yang selama ini berbuku di hati
dapat dilepaskan
kan saya dah membantu secara tak langsung


mendengar kisah dia
saya umpama penyoal diri sendiri yang sangat berjaya
sumpah!
selama saya kenal dia
dia tak pernah tunjuk walau sekali pun
raut wajah yang kurang enak
maksud saya
raut wajah sedih, duka, kecewa, marah dan sebagainya
setakat dia sengaja mengusik saya dan buat-buat merajuk tu adalah
tapi bila dia berkisar pasal kisahnya tadi
saya yakin
sedikit sebanyak mesti dia sudah mengalirkan air mata
paling tidak pun
wajah ceria dia pasti sudah tenggelam dengan wajah duka

tiba-tiba 
saya bagaikan terfikir sesuatu
menilai manusia dari luaran 
pastinya tak sama menilai manusia dari dalaman kan
dan inilah yang saya perolehi
daripada balasan-balasan mesej antara saya dan dia

kalau selama ni dia hebat menyembunyikan segala duka yang dia rasa
pastinya dia takkan jadi hebat saat dia meluahkan segalanya tadi

aduh...
saya yang mendengar juga turut rasa hiba
ini kan pula dia yang mengalami
saya tak tahu nak cakap apa
apa yang boleh saya katakan
sabar dan bertabahlah 
berdoa banyak-banyak pada DIA
agar segalanya dipermudahkan
insya-Allah...

buat semua di luar sana
untuk saya juga
menilailah sebaiknya
jangan mudah membuat penilaian tanpa menilai luar dalamnya
apa yang terpamer di luar
mungkin juga tidak akan terpamer di dalam
begitu juga sebaliknya


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: