Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, June 24, 2012

:: Papan Oh Papan ::


papan!
ya, kali ini ceritanya adalah pasal papan
pasti ada yang akan kata saya merapu
N3 papan, apa yang menariknya?

kalau betullah ada yang bersangka macam yang saya tulis di atas
saya setuju sangat
pasal papan
apa yang menariknya ya?
tak ada bukan

cerita papan ini takkan menarik kalau saya hanya cerita pasal papan semata-mata
kalau ada yang tanya saya
"Kau nak baca ke cerita pasal papan?"
laju aje saya akan jawab
"Ada apa dengan papan?"
hahaha...

okey
kita tinggalkan mukadimah saya yang merapu tu
kita terus ke topik asal

bagi orang lain
cerita papan ni mungkin tak ada apa-apa
mungkin juga tak bagi kesan apa pun pada mereka
tapi, bagi saya
cerita papan ni bagi 1001 kenangan buat saya

lebih kurang dalam sepuluh atau sebelas tahun lepas
saya dan papan
sangat sinonim
ada saya, adalah papan
ada papan, adalah saya

dulu
masa saya masih bersekolah (ketika itu masih di SMKDTHO)
kami, setiap kelas akan diberi satu papan yang sebesar buku teks (anggaran)
eh, jangan salah sangka
papan tu bukan untuk dibuat main
jauh sekali digunakan untuk menunjukkan kehebatan berlawan
tidak sama sekali ya
papan itu diberikan untuk menggantikan pas keluar masuk kami
baik mahu ke tandas, ke bilik guru dan sebagainya
strategi guru-guru
konon menganggap yang kami para pelajar
akan malu mengusung papan sebesar itu serata sekolah


 memang malu pun
takkanlah nak usung papan sebesar itu semata-mnata nak ke tandas
apa logiknya?
tak ada kaitan langsung papan tu dengan tandas
tapi
itu mungkin bagi pelajar lain
bagi saya
tidak sama sekali

merata papan tu saya usung
saya tawaf satu sekolah pun, papan tu join sama
sampai ada seorang guru pernah tegur saya
"Sanggup ya awak round satu sekolah dengan papan tu..."
masa tu saya tak cakap apa-apa
hanya senyum simpul aje

agaknya kenapa ya saya macam tak mahu berpisah dengan papan tu?
dah kena sampuk si tukang papan ke?
atau, saya ni kembar dengan papan?
hahaha...

langsung tak ada kaitan alasan di atas tu
mungkin dah jadi habit saya
15 minit sebelum kelas berakhir (kecuali subjek Matematik)
pasti saya akan minta izin daripada guru untuk keluar
alasan, cakap nak ke tandas
sumpah!
saya hanya pergi beberapa kali aje
(takkanlah setiap masa saya nak terkucil, kan? tak logik langsung!)
yang lainnya saya saja meringankan kaki
tengok pelajar-pelajar lain tekun belajar
jenguk-jenguk cikgu di bilik guru
jalan-jalan di makmal-makmal yang ada
dan yang sewaktu dengannyalah

tapi
yang pastinya
sebelum guru yang mengajar dalam kelas saya tu keluar
saya pasti dah ada dalam kelas
masuk atau keluarnya seorang guru
saya akan pastikan yang saya akan ada dalam kelas

hebatnya papan yang tak bernyawa itu
hanya saya dan kawan-kawan aje yang tahu
papan yang asalnya diberikan bogel tanpa 'baju' dan 'aksesori'
jadi cantik atas kerjasama rakan-rakan sekelas
seingat saya
papan tu kami pakaikan 'baju' warna silver dan hitam
simple
tak ada lukisan atau corak yang kami letak
hanya latar belakang kami catkan dengan warna silver
dibingkaikan dengan warna hitam
dan pastinya tertera nama kelas kami (juga warna hitam)

jadi
kalau dah papan yang bogel tadi
diberi 'baju' yang cantik lagi molek
dah kenapa saya nak malu untuk mengusungnya?
sikit pun saya tak malu
kalau boleh saya nak bagi tahu satu sekolah
papan tu kami cantikkan bersama-sama
(walaupun tak semua yang terlibat)
dan kami jaga macam nyawa kami
sebab...
papan tu akan jadi cacat kalau sampai ke tangan orang lain

itulah cerita saya dan papan
cerita yang mampu buat saya senyum sendiri sekarang

rindu zaman sekolah
rindu sangat-sangat


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: