Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, June 24, 2012

:: Hantu ::


hantu?
apa kaitan ya saya dengan hantu?
ada N3 pasal hantu ke yang saya nak kisahkan?

oh, tidak
langsung tak ada kaitan
apa yang saya nak katakan di sini
saya dah jadi HANTU DRAMA!

ya
hantu drama itu sayalah
pantang ada drama baru yang disiarkan di TV
pasti saya akan cuba tonton
(biasanya episod pertama aje tengok di TV, lain tengok di web TONTON)
andai kena pada jiwa dan cita rasa
saya pasti akan ikut sampai akhir
tak kisahlah kalau di tengah-tengah cerita sudah mula ada benda yang merapu
kalau dah ikut
pasti saya akan ikut
kan tak seronok tengok sekerat-sekerat

dan sekarang
saya dah mula ikut kisah-kisah di bawah ini


Bukan Bidadari
baru episod pertama
belum dapat untuk komen banyak
tapi 
dari apa yang saya lihat di episod pertama
kisah ini bakal jadi ikutan saya
kena pula ada Nad Zainal (graduan ASWARA)
nampaknya lakonan dia dah semakin meningkat :)


Friday I'm In Love
sudah episod 10 kalau tak salah
drama ni dimainkan di TV9
hari apa dan bila
sumpah saya tak tahu
saya hanya layan drama ni di TONTON
tapi kalau dah tajuk Friday I'm In Love
mungkin ditayangkan pada hari Jumaatlah kut
tak pun Khamis
(memandai pulak saya ni)

cerita ni saya suka
walaupun watak Awang (lakonan Qi)
asyik sibuk mengejar cinta setiap Jumaat dan putus setiap Khamis
tapi ada elemen persahabatan yang diselitkan
susah senang
mereka berenam tak pernah putus
masing-masing akan bekerjasama dan saling tolong-menolong
drama ni bukan semata-mata pasal Awang yang sibuk bertukar cinta ya
banyak lagi kisah-kisah di dalamnya
(pasti ada kisah kawan-kawan dia, kan?)
drama ni juga mampu buat saya 
ketawa tak ingat
sedih macam saya yang mengalami situasi mereka
dan macam-macam rasa lagi


Dejavu Di Kinabalu
drama ni baru aje lagi main di TV
baru seminggu
masih tak dapat komen banyak
tapi
jujur saya katakan
saya terpaut dengan drama ini
sampai saya pasang impian dalam diam :)


Naziha
juga drama baru
baru dua episod
masih belum dapat ikut rentak
cumanya mata saya tetap rasa nak tengok
tak tahu kenapa
mungkin sebab ada Irzara kut
hehehe...

jadi
inilah 4 drama yang sudah menjadi ikutan saya
harap drama-drama ini akan terus buat saya mengikut sampai ke titik akhir
<-.->


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

2 gosip-gosip:

Srikandi Utara said...

drama2 terbaru dkt tv 3 skrng mmg best2... saya pon suka tgk.. lgi2 dejavu yg aqasha berlakon tu=)

Hafirda Afiela said...

Srikandi Utara, itulah, saya yang asalnya tak berapa suka tengok drama Melayu (takut frust dengan jalan cerita), dah jadi hantu drama Melayu sekarang, pantang ada drama baru, mesti saya sibuk nak tengok, kalu okey, saya teruskan, kalau tak tu, tengok bila rasa nak tengoklah hihihi... Dejavu Di Kinabalu tu, saya suka sangat (setakat ni), bila Tiz pegang dada dia, macam saya pulak yang rasa getaran jantung dia tu, melampau kan!