Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, April 24, 2012

:: Saya, Aleya Aneesa & TCA ::

lamanya tak merapu-rapu kat sini
harap masih ada yang sudi baca rapuan saya

tajuk kali ni
saya, aleya aneesa & TCA (Terus Cintai Aku)
dah kenapa saya pilih tajuk ni?
nak tahu
jom baca lanjut :)

saya & aleya aneesa
dah bukan siapa-siapa
kami dah macam adik-beradik yang lain mak lain bapak
tapi bukan itu yang saya nak tekankan di sini
apa yang saya nak nyatakan
ya
saya rapat dengan aleya aneesa
ya
saya kenal aleya aneesa
tapi...
saya dan karya aleya aneesa
diibarat macam langit dengan bumi
kenapa saya kata begitu?
boleh dikatakan
saya ada kesemua karya-karya aleya aneesa
ada yang saya beli, ada jugak yang dia sendiri bagi
tapi satu pun saya tak pernah baca
sampai dia berjauh hati (dia tak cakap, tapi saya tahu)
alasan saya
tak ada masa
mungkin itu alasan yang entah apa-apa
tapi memang itulah kenyataannya
boleh dikatakan
ada beberapa novel yang saya beli
masih dalam balutan dan masih belum dibuka
teruk betul perangai

okey
berbalik pada karya aleya aneesa
karya pertama dia yang saya baca
Kasih Antara Kita (KAK)
secara peribadi
kisah dalam KAK memang buat saya tertarik
saya tertarik dengan perhubungan kekeluargaan yang wujud dalam diri setiap watak
dan alhamdulillah
novel KAK sudah berjaya diadaptasikan dalam bentuk drama
dengan tajuk 'CINTA BUAT EMELDA'

kita tinggalkan kisak KAK
berbalik pada topik asal
TCA nampaknya begitu laku bagaikan pisang goreng
dan saya terpanggil untuk baca


 aleya aneesa
sekali lagi akak berjaya buat kita jadi cengeng

secara peribadi
saya sangat suka dengan isu yang ditonjolkan
isu janji
betullah, ramai yang pandai berjanji tapi tidak pandai menepati
saya mungkin tergolong
mungkin anda juga
dan serius saya katakan
baca TCA
bagaikan terkena batang hidung sendiri

makin saya cuba mendalami setiap watak yang ada
makin saya nampak diri sebenar saya dan diri beberapa orang yang dekat dengan saya
betul kata Khilfie
Zalis mengharap pada janji yang bodoh
tapi...
janji yang bodoh itulah
tanpa sedar buat Khilfie tahu yang dia sangat sayangkan Zalis
dan saya mula teringat janji-janji yang penah saya lafazkan
juga janji-janji orang sekeliling saya
TCA betul-betul buat saya ingat akan sesuatu
 dan sesuatu itu pastinya buat saya jadi bertambah cengeng

"aku janji dengan kau, aku beli motor nanti, kaulah orang pertama yang akan naik"

bunyinya macam tak ada benda
tapi janji itu memang saya tuntut
ya, saya bukan Zalis yang mengharapkan Khilfie
mengahwininya seperti yang Khilfie janjikan
tapi saya tetap manusia biasa yang akan menuntut setiap apa yang dijanjikan
biarlah orang nak kata saya bodoh
asalkan saya dapat apa yang saya nak
sebab saya pegang pada kata

'manusia, dipegang pada janjinya'

saya pernah sakit hati
gara-gara janji yang dilafaz tidak dikota
tapi sakit hati saya pastinya tidak sesakit hati Zalis
dan seperti biasa
saya tetap manusia
manusia yang punyai hati dan perasaan
tetap rasa diri dibohongi
tapi itu kisah lama
kisah yang dah lama saya lupakan
biarpun membaca TCA buat saya ingat kembali
tapi ingatan itu sudah tidak menyakitkan
ya, saya menitiskan air mata saat ingatan itu menyapa
tapi sudah diiringi dengan senyuman
sebab yang jadi itu pasti ada hikmahnya

buat aleya aneesa
biarpun kita lambat mengenali karya-karya akak
kita harap akak akan tetap terus menulis, menulis dan menulis
tulis saja apa yang akak rasa dekat dengan hati
sebab yang dekat itu
biasanya akan buat orang sekeliling yang dekat faham diri sebenar kita
semoga akak akan terus berjaya di masa akan datang
jangan lupa kita tau!

'kekurangan dia di mata kau atau ramai orang di luar sana, itulah kelebihan dia di mata aku yang tak ada pada sesiapa termasuk kau sekalipun' - Nurzalis Najwa

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

4 gosip-gosip:

Rehal Nuharis said...

Mula baca novel Aleya Aneesa Semusim Rindu rasanya (novel yang tak diterbitkan lagi tu). Masa tu novel tu baru keluar dan tak kenal pun siapa mak cik yang tulis. Tapi dalam 9 novel dengan Alaf21 masih di hati Janjiku Bersamamu :)

-AlEyA aNeEsA/ mArWaTi WaHaB- said...

FIDA - terima kasih untuk N3 yang sangat panjang [setahu akak fida bukan jenis tulis panjang-panjang]. rasa terharu sangat. tp... jgn risau, akak tak kecik hatilah kalau fida tak baca karya akak, tp... akak akan kecik hati kalau fida lupakan akak.

-AlEyA aNeEsA/ mArWaTi WaHaB- said...

AIRUL - terima kasih juga sebab selalu aje baca novel akak. terharu macam nak rak, kuikuikui...

akak tahu dah, JANJIKU BERSAMAMU memang selalu terkesan kat hati airul.

akak harap, kita semua berjaya dalam bidang penulisan. airul, fida, along, ika, akak dan semua orang...

Hafirda Afiela said...

Rehal Nuharis: Aku baru nak berjinak-jinak dengan karya-karya AA, setakat ni 2 buku yang dibaca, kena dengan hati, harap karya AA akan terus menambat hati :)

Aleya Aneesa: insya-Allah, selagi nyawa masih di badan, takkanlah fyda nak lupa, akak, along, airull, kak ika dan yang lain-lain kan kawan fyda, takkanlah fyda nak lupa, harapnya takkan lupa, insya-Allah...