Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, April 6, 2012

:: Kalaulah Boleh... ::

kalaulah boleh...
saya nak delete semua kenangan yang ada bersama dia
tapi, kenangan itu aje harta yang dia bagi saya

kalaulah boleh...
saya nak buang rasa rindu saya pada dia jauh-jauh
biar dia ingat saya ni tak ada perasaan
tapi, rasa itu tetap ada untuk dia
saya tak boleh buang

kalaulah boleh...
saya tak mahu kenal dia
tapi, itu kan kehendak DIA
siapa saya nak menghalang

kalaulah boleh...
saya nak remove aje dia daripada senarai kawan-kawan FB
tapi, itu bukan penyelesaiannya

kalaulah boleh...
saya tak nak ingat raut wajah dia
tapi, wajahnya yang dihiasi senyuman itu
sentiasa juga hadir menyapa retina mata saya

kalaulah boleh...
saya tak nak ambil tahu langsuang pasal dia
tapi, tanpa sedar, saya tetap ambil tahu

kalaulah boleh...
saya nak luputkan terus nama dia dalam hati saya
tapi, 3S (merujuk pada nama dia) itu
sudah terpaku kukuh dalam hati saya
dan mungkin akan terus terpaku di situ

biar berapa banyak pun kalau boleh yang saya nak lakukan
saya tak boleh buang dia dalam hidup saya
melainkan...
hilang ingatan!
mintak simpanglah...
sebab saya
tetap mahu ingat kenangan bersama dia
tetap mahu ada rasa rindu untuk dia
tetap mahu kenal dia
tetap mahu dia tersenarai dalam senarai kawan-kawan FB saya
tetap mahu simpan raut wajah dia yang dihiasi senyuman itu
tetap mahu ambil tahu pasal dia
dan pastinya
tetap mahu nama dia terus kukuh dalam hati saya

untuk dia yang mungkin dah lupa saya
'sekali kau jadi kawan aku, sampai mati kau tetap kawan aku'


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: