Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, August 5, 2011

:: Terpikat Sudah ::

saya dengan cerita Melayu
sangatlah tak seiring
bukan saya tidak berminat
cuma kurang rasa untuk menonton
kalau menonton pun, cerita-cerita tertentu sahaja
tapi bila tiba bulan Ramadan
sayalah yang paling suka tengok drama Melayu
sebab apa, saya sendiri tak pasti
mungkin jalan cerita yang diolah dan lakonan watak-wataknya
berjaya buat saya terpikat kot...

tahun lepas
Syurgamu Ramadhan
sangatlah buat hati saya tertarik untuk menonton
cerita dia sama aje macam cerita-cerita yang pernah ada
tak banyak beza
kisah nenek yang tidak mahu terima cucu-cucunya
atas alasan si anak berkahwin dengan pemuda yang bukan pilihan hatinya
namun, berkat Ramadan
hati si nenek cair juga akhirnya
lakonan Elly Suriati dan Zarina
sangatlah buat saya terkesan
kalaulah saya boleh masuk di dalam TV tika itu
memang dua watak inilah yang saya nak balun
over, kan?
emosi terlebih :)


tahun ni
nampaknya kisah
Ramadan Terakhir
berjaya buat saya terpikat
saya tidak pasti jalan ceritanya akan berjalan macam mana
baru episod 6
tak dapat saya nak selongkar habis
apa yang saya nampak dan faham sekarang
kisah itu menceritakan tentang keluarga yang tidak sehaluan
juga masih sama dengan cerita-cerita yang pernah ada
tapi ada satu benda yang berjaya buat saya menghadap
biarpun secara online
(mujur skrin PC cukup besar, puas tengok)

dalam kisah ini
watak Sakinah yang dilakonkan Tasha
betul-betul buat saya tertanya siapa dia
apa hubungan dia dengan keluarga itu
saya yakin
dia pasti ada kaitan dengan keluarga itu
tak sabar pulak rasanya nak tahu kesudahnnya :)

harus sentiasa bulan Ramadan kot untuk bagi saya suka cerita Melayu
hahaha...

2 gosip-gosip:

Azie Amien said...

akak rasa sakinah itu adalah anak hisham dgn isteri pertama dia khatijah... apa2pun kita tengok sampai abes ye.. ;)

Hafirda Afiela said...

kak zie: fyda pun rasa gitu, tapi kenapa sakinah suka sangat bila dia dapat bersalam dengan mazni? itu yang kompius...