Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, August 8, 2011

:: Ada Kamu ::

selepas berbuka semalam
Adan sudah mula berkemas
itu tandanya dia sudah mahu pulang
kembali mahu menjalankan rutin hariannya
kenapa ada satu rasa lain dalam diri saya
saat kereta Adan mula hilang daripada pandangan
rasa macam nak suruh dia jangan balik
tapi siapa saya nak halang
dia ada tanggungjawab di sana
mahu tidak mahu
saya lepaskan juga dia balik

05 Ogos 2011
sangat seronok rasanya bila dapat tahu Adan akan balik
walaupun dalam hati tetap cakap Adan tipu
(tiba-tiba cakap nak balik, tak ke pelik...)

biarpun yang menambah bilangan dalam rumah saya cuma seorang
tapi saya mampu senyum senang
bagai dalam hati ada bunga yang sedang mekar dengan suburnya
(cewah... ayat tak boleh blah :))
saya dan mak
tidak lagi berdua

memandangkan keluarga kecil saya dah semakin kecil
bila diberi peluang untuk bersama dan berkumpul
peluang itu haruslah digunakan sebaik mungkin
terima kasih ya Allah
dengan kurniaan dan keizinan yang Kau berikan

dua hari Adan di rumah
suasana bertambah riuh
tawa, gaduh dan pelbagai rasa menjadi satu
ditambah pula dengan gelagat-gelagat kucing yang ada
sakanlah kami semua
tapi tetap rasa ada yang kurang
(harus dibiasakan)
mungkin sebelum ni saya dah terbiasa dengan kehidupan yang serba lengkap
dan bila ada yang tak kena
rasa canggung itu mula ada
mula berfikir
suasana akan sama ke andai kelengkapan itu sempurna?
uff!!!
andaian yang memang tidak boleh dijangkau oleh fikiran saya

kehidupan tetap kehidupan
lengkap atau tidak
kita yang ada harus terus melengkapkan
untuk mereka yang terus jadi tulang belakang saya
sangat bahagia dengan ada kamu
moga Dia melindungi kita semua
untuk dia yang tidak pernah jauh dari hati
saya tetap sayang kamu
harap Dia tidak menjauhkan kita
<-.->

4 gosip-gosip:

azie said...

sedih rasa bace n3 ni... sabar ye.. sabar tu sebaik penawar.. :)

sripanggung said...

hanya Allah tahu segalanya..sebagai umat, ikutla apa yg diperintahkan Allah sambil berdoa mohon kesejahteraan dunia akhirat..

rindu nak nanges sama2.. :(

Hafirda Afiela said...

kak zie: eh, jangan sedih, fyda okey je, biasalah kadang2 emo terlebih :)

Hafirda Afiela said...

sripanggung: rindu sangat nak nangis2 ngan kau, rasa lega kan bila dapat luah dan nangis macam dulu2... cengeng tul kita berdua ni...