Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, September 15, 2009

Hilang

erm...
dah lama tak kongsi cerita pasal kucing
kenapa?
saya sendiri pun tak tahu
dah hilang mood agaknya

sebenarnya...
masih terfikir
mana hilang ghaibnya kucing kesayangan saya
si Kenit
dah hampir dua bulan
langsung tak ada khabar berita
entah manalah perginya

belum habis fikir tentang kehilangan Kenit
minggu lepas mak saya bagi tahu
si Memet pula dah hilang

apa kes ni?
makin pening kepala saya dibuatnya
ingatkan budak aje yang boleh hilang
rupanya kucing pun boleh hilang

erm, raya tahun ni tak bestlah
dua ekor kucing ni tak ada
mana taknya...
teringat raya tahun lepas
dua ekor kucing nilah dah mengharu-birukan suasana
rindunya...

apa-apa pun saya masih ada Cumit (anak Memet)
harap si Cumit ni tak akan hilang
tak meriahlah rumah kalau tak ada kucing
nanti saya tak boleh bising-bising
tak ada siapa saya nak marah :-)
dan... tak ada siapa yang akan teman saya kalau berjaga lewat malam

2 gosip-gosip:

pu3iman said...

sama kisah mcm kucing2 saya yg hilang :( bleh view page ni kalau nak tahu ceritanya :)

http://pu3synabella.blogspot.com/2009/09/missing-prince.html

Hafirda Afiela said...

klau mati ke apa ke... blh gak sy terima,ialah... dah sah-sah kita tahu kan,ini entah ke mana perginya pun tak tahu,sedih sgt sbb kcing2 tu semuanya bijak2 belaka