Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, April 17, 2008

Beramah Mesra

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai bertemu kembali kita. Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit kisah-kisah di PWTC sempena Pesta Buku yang diadakan. Saya yang ditugaskan pada 6 April untuk berada di booth Fajar Pakeer telah datang untuk menyibukkan diri pada 5 April. Bukan apa, saja saya nak terjah Kak Abby yang kononnya nak menerjah saya dulu (jangan marah ya Kak Abby). Tapi saya sedih sikit la... Kak Abby boleh kenal kawan saya dari saya. Waaaa... sedihnya. Hncur luluh hati ini. Eh apa pulak yang saya merepek ni? Okey kita kembali kepada cerita asal. Hari pertama berada di PWTC, mak ai... ramainya manusia. Naik pening kepala saya. Rimas! :-)... Tapi masih boleh mengawal keadaan biarpun kepala dah rasa macam nak pecah. Dalam sakit-sakit kepala tu sempat jugaklah saya melepakkan diri do booth KarnaDya sambil berborak-borak dengan KAK AINA EMIR dan KAK MIMIE AFINIE. Siap posing kat wespa yang telah menjadi maskot KarnaDya lagi. Melepak di booth FP, lagi sakan berbual mesra bersama BIKASH, PUTERI, MARWATI, EBRIZA, RAFISHAH, RAFIZAH tak lupa juga uncle Pakeer, memang bestlah. Terima kasih uncle, belanja kami semua makan. Selesai menjelajah separuh PWTC, apa lagi... balik rumahlah. Tilam dan bantal dah memanggil-manggil. Sampai saja di rumah, tiba-tiba saya jadi macam orang sakit. Mana tidaknya kalau dah terbaring sambil berselubung dengan selimut dan sweater, siap tampal koyok kat kepala dan telah selamat menelan dua biji panadol. Kelakarkan... gelaklah puas-puas. Saya bagi 'can'. So far saya seronok sangat sebab dapat jumpa dengan semua penulis FP yang memang dah kenal dan yang langsung tak kenal wajah (sembang kat blog je).
Hari kedua, awal-awal pagi saja saya dah dikejutkan dengan kedatangan keluarga saya. Sumpah saya tak tahu. Kira okeylah, mungkin untuk memberikan sokongan barangkali. Kami pergi ke PWTC secara berasingan coz saya telah berjanji bersama BIKASH dan seorang rakan untuk pergi bersama-sama. Hari ini lagi ramai manusia. Tapi nasib baik kepala saya tak buat hal. Mungkin sebab dah telan dua bijik panadol semalam agaknya. Bertapalah saya di booth FP dengan aman dan bahagianya. Dah ini namanya pertemuan pertama saya, ENY RYHANNA dan LIA AZIRA, apa lagi... kami menghabiskan masa berborak-borak dengan pelbagai kisahlah. Dalam sibuk berborak-borak tu, Kak Lia (Lia Azira) sibuk duk mencungkil rahsia siapa Along yang sebenarnya. Bikash tu orangnya yang macam mana. Macam nak carikan calon isteri untuk seseorang pulak. Naik pening jugaklah saya nak mengatur ayat. Nasib baik Bikash datang tepat pada masanya. Fuhh! Lega saya dibuatnya. Kak Eny (Eny Ryhanna) bukan nak tolong saya, terpaksalah saya buat bohong sunat... Kak Lia jangan marah tau! Dan yang paling best sekali, di pesta buku yang wujudnya setahun sekali ini, saya dapat bertemu dengan bekas cikgu sekolah saya semasa di DTHO. Cikgu yang kini juga seorang penulis (penulis Alaf 21-Anis Ayuni).

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan untuk menjadi tatapan anda semua:-


Bikash, Lia Azira, Uncle, saya dan Eny Ryhanna

Uncle, Marwati, Ebriza, Bikash, Rafishah dan Puteri


Di Booth KarnaDya bersama Kak Aina, Kak Mimie, Bikash dan wespa :-)



Bikash, Marwati dan saya-melapak kat Booth ALAF21

Fatien dan Airull

Anis Ayuni-Cikgu saya



Buku-buku yang sempat saya beli pada pesta buku kali ini-entah bila nak baca ntah

2 gosip-gosip:

EBRIZA AMINNUDIN said...

lehai ... macam mana tak kenal, dah dia bubuh gambar kawan dia si Fatien tu ... jadi Fatien tu jelah yang kita kenal. Nasib baik akhirnya tahu jugak nama dia.

Huhuhu ,.... dia yang terjah kita dulu. Tak Aci sungguh.

Eny said...

Lor hai, bukan tak nak tolong fir...hehe
tak reti ler cmne dah nak escape dr kak lia. lg pun dia tak tanya akak, dia tanya fir...wakakaka...so akak selamat ler hmmmmm