Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, July 1, 2012

:: Saya & Memasak ::

saya & memasak
memang tak boleh jadi kawan
tapi bukan bermakna saya tak pandai masak ya
bukan juga tanda saya hebat sangat memasak
takat sikit-sikit tu bolehlah

saya ni jarang masuk dapur
kalau datang angin gila aje
saya akan jadi rajin gila di dapur
buat pudinglah, buat keklah, masak sotolah, masak macam-macamlah
itulah saya
memasak bila datang angin 
hehehe...


nak kata saya ni pandai masak
tidaklah
jauh sekali nak dibandingkan dengan chef-chef terkenal
di luar sana
jauh panggang daripada api
memang tak sesuai
tapi
kalau setakat nak kenyangkan perut sendiri
insya-Allah saya masih boleh sediakan masakan yang sesuai untuk tekak saya

kata orang
kalau ada ahli keluarga yang pandai memasak
mesti saya juga pandai
tapi tafsiran itu salah
saya memang tak pandai masak
dan lagi
saya sangat tak suka belajar masak
sebab saya tak minat

ayah saya memang tukang masak
lagi best
dia merupakan pengajar bagi anak-anak buah dia
(semasa dia bertugas sebagai tentera)
tapi saya
sikit pun tak mahu guna peluang
entahlah...
bagi saya, cukup sekadar saya tahu bahan apa yang perlu digunakan
mahu buat macam mana dan apa yang perlu dimasukkan dulu
itu terpulang pada saya
suka hati sayalah nak campak apa dulu dalam kuali tu
asalkan apa yang saya nak masak, menjadi

dan hari ini
saya harus berterima kasih pada emak dan abah
kalau dia orang berdua tidak bekerja
(lebih-lebih lagi emak)
mesti sampai sekarang saya tak pandai pegang sudip
disebabkan dia oranglah
mahu tak mahu
saya kena masuk dapur juga satu ketika dulu
tapi bila mak tak sempat masak ajelah
kalau mak sempat masak
saya masuk dapur bukak periuk ajelah
hahaha...

betullah kata orang
kadang-kadang keadaan itu
mampu menjadi guru terbaik untuk kita
harapnya skil memasak saya akan terus berkembang
dari semasa ke semasa :)

 free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: