Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, March 27, 2012

:: Kerja Gila! ::

hai semua
terima kasih sebab masih sudi singgah di teratak saya ni
jangan terkejut ya dengan tajuk N3 kali ni
tajuk tu jadi semuanya gara-gara mood pasang surut saya
hihihi...

saya dengan mood pasang surut
memang tak boleh jauh
kalau boleh pun
tak tahan lama
agaknya memang dah sebati dengan diri kut

hari ni
mood pasang surut saya datang lagi
tiba-tiba aje saya rasa semua benda yang saya buat serba tak kena
padahal sebelum tu elok aje saya menghadap komputer
tekun menyelesaikan kerja
sudahnya saya suruh mak bersiap
walaupun masa tu jam dah hampir pukul 5

nak pergi ke mana saat hari dah makin hampir melabuhkan tirai?
saya sendiri kurang pasti
apa yang saya tahu
saya tak mahu pandang komputer buat sementara
kalau dapat pusing-pusing Tapah aje pun
saya tak kisah
asalkan jauh dari 'pejabat' dan komputer yang banyak berbakti

bila dah duduk dalam kereta
dan kereta pun bergerak
masih tak tahu arah tuju
sudahnya kereta dipandu mengahala ke Chenderiang
dalam fikiran mula terlintas satu tempat
'Lata Kinjang'

dan
inilah dia Lata Kinjang
air terjun yang boleh dilihat jika melalui lebuh raya utara selatan
(hala ke utara)

gambar tu saya ambil dari jauh aje
kalau nak naik ke puncak tu
entah bilalah saya akan sampai
mahu tengah malam kut

beberapa ketika duduk dalam kereta
sambil pandang air terjun dari jauh
tiba-tiba hati bagaikan mahu merasa kesejukan airnya pula
tapi sayang
kawasan perkelahan Lata Kinjang tak boleh dimasuk
ada projek naik taraf :(

tengok jam
awal lagi ni
terus saya halakan pemanduan ke Kuala Woh (Batu 7)
tak ikut jalan biasa (Tapah - Ipoh)
tapi mengada ikut jalan Chenderiang lama
jalan yang menghubungkan Tapah - Ipoh dulu-dulu
kata nak tengok benda hijau
sesuai sangatlah jalan tu
kiri kanan pokok kelapa sawit :)

memandu punya memandu
simpang masuk ke Kuala Woh semakin hampir
tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran
jam ditilik
senyuman terukir lebar
dan simpang Kuala Woh saya tinggalkan tanpa perasaan

"Nak pergi mana ni? Batu 7 kat sana." Itu kata mak
kata saya - "Lata Iskandar (Batu 14). Tinggi sikit. Silap-silap terus sampai Cameron."
mak pandang saya pelik
agaknya kurang yakin kut dengan saya
mahunya tidak
jalan ke sana dah macam ular
lori yang turun dan naik pula macam berlawan lumba
tapi mak diam aje tak komen apa-apa
dan alhamdulillah...
akhirnya kami dua beranak sampai juga ke Lata Iskandar

tadaa...
inilah dia Lata Iskandar
tempat persinggahan bagi yang mahu mendaki menuju ke Cameron
itu pun kalau mahu berehat menikmati kesejukan air di sini
jika tidak
sekadar mahu menjamu mata pun tiada masalah

jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan

saya dan mak
dua-dua suka buat kerja gila

mak yang kononnya mahu jadi pemandu pelancong

pemandu pelancong yang dah tukar profesion
mak jadi model :)

hajat di hati mahu duduk kat bawah air terjun tu
tapi apa kan daya
jadi model jambatan ajelah...

mak lagi

gambar gedikz

akhirnya...
saya dapat main air
tak dapat mandi pun tak apa
asalkan dapat merasa kesejukan airnya

satu kerja gila yang sangat berbaloi
dapat tingkatkan mutu pemanduan
lebih-lebih lagi di jalan yang macam ular dan lori yang turun naik
sambil berlawan lumba
dapat udara yang segar
dan pastinya
dapat bekerjasama dengan mood pasang surut

kesimpulannya
saya tak boleh terkurung dekat 'pejabat'
sehingga tak lihat dunia
harus berlibur juga sekali-sekala :)


* mahu pergi pantai, bila erk? harap akan ada kerja gila yang seterusnya hihihi...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

0 gosip-gosip: