Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, May 19, 2011

:: Perempuan... ::

perempuan dengan kasut tinggi
memang tak dapat dipisahkan
namun...
bukan perihal kasut yang saya ingin tekankan
tapi...
perihal bertapa bertuahnya dilahirkan sebagai perempuan

*****

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju Pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
pasti tak akan tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool aje
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pun susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak aje meraung sebab sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber aje
kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun degan penyakit tiap-tiap bulan
survive aje
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi
sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat aje sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat aje pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan, kan?
lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadi perempuan nilah
ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
dia orang cakap...
Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
pada hal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang
nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni
ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang tunjuk perasaan
dia orang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan
'lelaki tak payah tutup pun'
dia orang berani bertepuk tampar dengan lelaki
dia orang sanggup gadaikan diri dia orang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat dia orang?
disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah
dia orang sanggup rosakkan diri dia orang
dia orang cakap dia orang buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik
syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi
seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kepada perempuan
untuk lelaki
syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak, dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yangg syurganya bergantung pada seorang lelaki
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yangg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
masha-Allah, hebatnya perempuan, kan?

kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan
contohnya macam lagu SUMAIYYAH
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita tak pernah dengar orang cakap
'di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan hebat Allah jadikan perempuan tu

masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah...
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-seindah hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan...


* culik benda alah ni kat FB Fathin :)

2 gosip-gosip:

Diari 929 said...

Sgt terharu membacanya. Tq sbb share :)

Hafirda Afiela said...

jiha: satu renungan yang baguskan...