Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, April 15, 2011

:: Kebun ::

saya dan kebun
sangatlah tidak sesuai
kata Cik-cik
saya ni anak bandar
anak bandar tak tahu pasal kebun
memang saya akui
kalaulah atuk atau Cik-cik
mintak saya panjat pokok, tanam pokok dan yang berkaitan
sayalah orang pertama akan mengelak :-)
tapi
tak bermakna saya tak boleh masuk kebun

memandangkan selama ini pokok-pokok di kebun merajuk
saya dah lama tak ke sana
kalau dulu
pasti kami sekeluarga akan berkelah sekali-sekala di situ
kalau tak pun
pasti akan selalu berulang untuk kutip buah yang ada
dan pastinya
sayalah anak saudara dan cucu yang selalu didera
walaupun mulut asyik merungut itu dan ini
saya tetap akan ikut
kerja saya senang aje tika itu
hanya masukkan buah manggis yang Cik-cik turunkan dari pokok ke dalam guni
kutip sikit-sikit buah yang jatuh
senag aje kan
rindu sangat saat itu...

baru-baru ni saya ke sana
ke kebun yang satu-satunya milik keluarga Mohd Idris
pergi tak ramai pun
saya, mak dan Cik-cik
(merempitlah kami tiga beranak :-))
saja nak jalan-jalan sambil cari durian
kutip manggis juga
jom layan...

Cik-cik tekun kutip durian
siap pakai topi kaledar lagi
keselamatan katanya

tengok anak bandar ni
tahu posing aje :-)

posing lagi
perasan tak durian tu macam bentuk hati

mak dan hasil kutipannya
(saya pun ada tolong kutip tau...)


inilah hasilnya
durian dapat seguni
manggis dapat sebakul
menyesal tak bawa guni lebih
kalau tak boleh kutip manggis banyak-banyak
dera opah buat jem :-)

tak sabar nak tunggu langsat berbuah
baru ada sikit-sikit
kalau dah banyak
boleh ke kebun lagi

4 gosip-gosip:

azie amien said...

akak nak manggis! akak nak datang kebun!

RaRa said...

muka cik cik tu payah betulla nak tengok..?

Hafirda Afiela said...

azie: nak manggis, kena panjat pokok sendiri hehehe...

rara: biasalah tu kak, kalah artis cik2 tu...

Itu Aku said...

manggis
xsempat mkn lg
rndu dewi
sampaikan salam syg