Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, November 8, 2010

Cuci Mata

hai
lamanya tak conteng-conteng rumah sendiri
hehehe...

sepanjang menyepi ni (cewah... menyepilah sangat :-))
sempatlah saya layan cerita-cerita dekat bawah ni
kali ni layan drama Korea
juga mahu cuci mata menatap hero-heronya

~ Princess Hour ~

punyalah lama ambil masa untuk habiskan cerita ni
dari KL dibawa ke Perak
geli hati betul
apa-apa pun, cerita ni memang best
dan...
saya suka watak Shin dalam drama ni
jatuh cinta bila tengok Shin senyum :-)
tak percaya...
cuba tengok kat bawah ni

~ Joon Ji Hoon ~

~ My 19 Year Old Sister In Law ~

cerita ni pulak
saya main aci pilih aje dalam banyak-banyak CD yang saya pinjam
nasib baik ceritanya menarik dan seronok
kali ini saya jatuh cinta dengan watak abang (Kim Jae Won)
tapi sudahnya
adik yang dapat heroin
sikit pun saya tak kisah
yang saya tahu
mata dah jatuh hati kat Kim Jae Won :-)

~ Kim Jae Won ~

~ Biscuit Teacher And Star Candy ~

cerita ni dah lama ada dalam simpanan
tapi baru berpeluang untuk belek dan tengok
cerita ni juga menarik
walaupun pada awalnya saya tak berapa berkenan dengan watak heroinnya
tapi...
sudahnya saya suka dia
comel sangat
sesuai dengan watak Tai Ren (Gong Yoo) yang sama comel

~ Gong Yoo ~

selesai sudah saya menjamu mata
harus mencari cerita lain pula
mencari lagi hero idaman hati
hehehe...

2 gosip-gosip:

Unknown said...

Shin mmg best. Gegege.

Drama sister in law tu, watak ppuan dia dah mati tau. Bunuh diri. Tgklah... nti dia dtg kacau awk. Hahaha.

Best ke Biscuit Teacher tu? Tgk sikit aje, pastu tak leh nak g dah... Stop! Tp pelakon laki dia mmg suka sb dialah hero Coffee Prince ;)

Hafirda Afiela said...

shin? awal-awal aje hati tak berapa nak terpaut, tapi bila dah lama tengok, terus rasa terpaut, nasib baik tak terbawa-bawa dalam mimpi hehehe...

eh, yea ke, asallah dia orang ni suka bunuh diri... biscuit teacher tu okey, best... awal-awal aje lambat sikit, lama-lama okey...