Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, March 5, 2010

Selamat...

selamat sudah
majlis yang telah tertangguh dua kali
akhirnya berlangsung juga pada 27 Febuari lalu

buat
Nurul Aini dan Nor Hadi
selamat pengantin baru

selepas majlis bertitik inai
Nani (kakak saudara) kembali menambah inai
kata Opah Njang, biar nampak merah

Kak Ros, mak, Mak Umi dan Opah Njang
sibuk berinai sama

abah sibuk dengan dekorasi untuk tempat makan pengantin
beria-ia nampaknya
nanti kalau saya kahwin
abah buat lagi tinggi tau :-)

ini pak cik saya
Cik Chek namanya
rupa dia ni ada iras Cik-Cik (sorang lagi pak cik yang susah betul nak bergambar)
siapa nak isi borang jadi mak cik saya
sila... sila...
(mati saya kalau Cik Chek tahu)

ini mak cik-mak cik saya
orang kuat dan orang yang paling sibuk di dapur

percaya tak kalau saya kata yang tinggi tu sebaya saya
kawan sekolah saya tu
alih-alih jadi mak cik saya
sebab...
dia dah tangkap cintan dengan pak cik saya
panggilan tetap tak tukar
pelik nak panggil kawan sendiri Mak Cik Azie :-)

inilah dua budak kecik yang menjadi penyambut pengantin
(Baby dan kawan dia -siapa ntah nama dia-)

tadaa...
inilah pengantinnya
Nani dan Hadi
sama cantik sama padan

bergambar kenangan
(saya, Nani, Eka (adik sedara) dan Cik Chek)

posing lagi
bersama sepupu dan anaknya
umur sebaya
dia dah ada anak dua
saya...
apa pun tak ada
sabar ya Awin
nanti kalau aku dah bertemu jodoh
kaulah orang pertama aku bagi tahu :-)


majlis potong kek
keluarga-keluarga aje
tetap meriah
pengantin dipaksa rela berkaraoke

mak dan Mak Umi
kongsi makan kek

saya dan Cik Chek

selesai semuanya
aduh...
penatnya, Tuhan saja yang tahu
tapi...
enjoy sangat
dapat berkumpul saudara-mara

insya-Allah bulan 12 akan kembali lagi majlis begini
giliran siapa?
tunggu... :-)

0 gosip-gosip: