Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, November 20, 2009

Jalan-Jalan

dah lama nak kongsi cerita-cerita di bawah ini
baru sekarang berkesempatan
apa lagi
jomlah layan...

CERITA 1
tiba-tiba dapat mesej daripada Bikash
ajak saya berkunjung ke rumah rakannya-Iris Exora
asalnya memang saya tidak mahu
bukan tidak sudi
lebihnya saya segan ;-)

akhirnya...
saya terima juga pelawaan Bikash
dan...
di bawah inilah kenangan yang sempat dirakamkan

Kak Iris yang ramah
hilang terus perasaan segan saya
terima kasih banyak-banyak kak atas layanan yang diberikan
juga atas nasihat yang akak berikan
seronok dapat mengenali akak ;-)

Aleya dan Shanika
senyum aje...
yalah perut dah diisi ;-)
baru round pertama ni

round kedua
saya-sudah bersiap sedia dengan pose
Shanika-macam muka terkejut
Aleya-sibuk dengan kamera dia (apa yang menarik sangat tu?)
Bikash-tak ada, sibuk jadi jurukamera :-)

Bikash yang beria-ia mintak saya bergambar dengan katak ni
sebab apa?
hanya dia yang tahu
agaknya mengharap katak tu bertukar jadi putera raja kut
hahaha...
tak sesuai langsung

saya dan Kak Iris

tadaaa...
penulis-penulis terkenal daripada Alaf21
(Aleya, Kak Iris, Shanika dan Bikash)

3 sekawan
(Shanika, Aleya dan Bikash)

apa yang diintainya ni?
jawab jangan tak jawab...

Bikash...
entah apalah yang ditenungnya
bunga tu yang menarik
atau... ;-)

CERITA 2
tangguh punya tangguh
akhirnya 14 Nov 2009 saya pergi juga
ke mana?
Muzium Negara :-)

biarpun dah tak terkira berapa kali saya ke sana
kali ini saya gagahkan jua diri untuk berkunjung lagi
untuk apa?
hanya ingin melihat pameran permainan tradisional

memang seronok
sempat juga saya bermain congkak dan lompat getah
sengaja nak uji kebolehan
congkak... saya kalah :-(
lompat getah... hanya mampu melompat separas ketiak sahaja

jom layan gambar...

bergambar kenangan di poster pameran


adik-adik yang khusyuk bermain

permainan teng-teng (kalau tak salahlah)
Fatin dan Kak Eja tu tunggu masa aje nak join sekali
malu agaknya nak cakap dekat adik tu ;-)

berentap bermain congkak
saya kalah di tangan Fatin
kata Fatin, dia balas dendam
sebab dia pernah kalah di tangan saya
apa-apalah mak cik


beberapa mainan tradisional yang dipamerkan

habis saja melawat bahagian pameran permainan tradisional
mulalah kaki ni gatal nak berjalan ke bahagian lain
jom kita layan...

nak tahu apa ni?
inilah mata wang negeri Perak satu ketika dahulu
berapalah nilai yang besar tu kan

saya dan Kak Eja (rakan masa belajar)

Kak Eja dan Fatin
pose melampau betul :-)

Fatin dan payung strawberi
konon ayu hehehe...
jangan marah mak cik
nanti kena jual ;-)

CERITA 3
15 Nov 2009
dapat jemputan daripada Kak Bad (rakan Bikash & Shanika)
tanpa berfikir panjang
saya setuju sahaja untuk ke sana
(macam biasalah, pergi dengan Bikashlah :-))

bila dah lama tak jumpa
biasalah...
macam-macam topik dijadikan bualan
dan...
pastinya saya yang sentiasa terkena

Shanika, Kak Shiqien, Kak Bad dan Dik Nor

Aleya dan Rehal
anak ke tu?
tak tahulah nama adik tu
jadi tak tahu nak letak apa :-)

pakwe Shanika ke ni?
soalan itulah yang ditanyakan oleh beberapa orang di situ
nak tahu siapakah gerangannya
tanyalah sendiri ya
yang pasti...
saya dah tahu siapa :-)

0 gosip-gosip: