Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Monday, October 5, 2009

Kisah Raya 2009

macam biasa
raya kali ini tetap balik Tapah, Perak
(nak balik mana lagi kan hehehe...)

seperti raya sebelum ini
malam raya pasti akan ada orang surau yang akan berkunjung ke rumah
bertakbir dari satu rumah ke satu rumah
alhamdulillah
tahun ini
giliran rumah saya tetap awal
(tak adalah saya tersengguk-sengguk menunggu)

Adan dan abah yang setia menunggu ketibaan orang surau

juadah buat mereka
(kek pisang, air teh O, kentang goreng dan kuih-muih)

raya pertama:
macam biasa
pagi raya di rumah sendiri
selepas solat sunat raya
baru saya sekeluarga akan pulang ke kampung
(dekat aje... langsung tak sempat nak bermimpi :-))
dan...
pastinya kami sekeluarga akan buat maraton
hehehe...

Adan dengan gaya Penyimpan Mohor Besar

opah saya
(mana baju raya ni?)

saya dan tok
(handsome tak tok saya :-))

Adan dan tok

saya, abah dan Adan
(emak mana ntah... sibuk di dapur rasanya)

duk melepak-berehat
(kat rumah tok, orang surau datang pagi raya)

Adan dan Mimi (adik saudara)
berangan konon tengah bersanding
entah apa-apa entah

meriah tak?
inilah sebahagian saudara-mara yang berkumpul
waktu ni kami semua duk serbu
rumah Opah Ucu saya di Tapah Road

raya kedua dan ketiga:
sejak mak long, keluarganya dan nenek sebelah abah
berpindah ke Kelantan
sejak itu juga saya akan balik ke sana
tidak lagi ke Johor seperti sebelum ini

jadi...
seperti biasa
raya kedua...
saya selamat mendarat di Tumpat, Kelantan
tahun ni
adik-beradik abah semua berkumpul di sini
hanya pak cik saya sahaja yang tiada
kerja katanya
apa-apa pun
suasana tetap meriah

Husna, Nadia dan Syira
(sibuk beraya di Pantai Sri Tujuh)

saya dan adik-adik saudara

saya dan Husna

majlis bakar-bakar
entah macam mana
tiba-tiba...
pak long saya ajak main masak-masak :-)
saya tengok aje
abah, Cik Enon (adik abah), Husna
yang semangat
(masak sup tulang dengan nasi goreng Cina)
Cik Asmuni (pak cik), Hakim, Hadi dan Ba'i
(sibuk membakar ayam)
dan hasilnya...

inilah ayam yang dibakar

ini sup tulangnya

Fatin dan Irfan
sibuk memilih makanan

raya keempat dan kelima:
bertolak dari Kelantan dan terus menuju ke Taiping
singgah sekejap di Grik
(rumah kawan abah)

kemudian...
jalankan agenda seperti yang dirancang
ke Selama untuk jumpa opah, mama, papa dan seisi keluarga
ke Anak Kurau untuk menziarahi keluarga Tok Chop (ayah angkat abah)
ke sekitar Taiping untuk menziarah jiran-jiran semasa tinggal di KL dulu
tidur semalam di Taiping :-)

bergambar kenangan
(papa, abah, mak, mama, saya dan Cik Tien)


jeruk petai dan ikan pekasam (gambar sekadar hiasan)
buah tangan daripada Tok Chop
sakanlah mak dengan abah ni :-)

mak dan Nyet

selesai buat maraton di Taiping
sempat singgah di Ipoh
beraya di rumah mak cik dan pak cik saya sebelah mak
rehat beberapa ketika
terus kembali ke Tapah
dan yang paling kelakar
sampai saja di rumah dan berehat dalam setengah jam
mak oi...
tak putus-putus orang datang rumah
kawan-kawan abah
Cik Enon dan Cik Asmuni (datang dari Kelantan)
opah, tok dan Cik-cik
Mak Ndak Leha dan keluarga
Kak Afna dan keluarga
tak menang tanganlah dibuatnya
tapi...
seronok sangat

raya keenam:
langsung tak rancang
tiba-tiba abah cakap nak ke Sungai Besar (rumah mak Cik Asmuni)
saya on aje
tak kisah pun
dah orang nak bawa berjalan
ikut ajelah :-)

bergambar kenangan di Pantai Bagan Nakhoda Omar
(mak, Nadia, Nurul, Cik Enon dan Fatin)

mak dan Nadia

posing lagi

Hakim memanjat untuk masuk ke rumah
gara-gara tuan rumah tiada ;-)

abah dan adiknya (Cik Enon)

Adan dan mak
bergambar kenangan di rumah mak Cik Asmuni

Hakim dan Adan

memang sakankan jadual raya saya
raya kali ni
memang berjalan aje
hanya sehari sahaja saya duduk di rumah (hari Sabtu)
tunggu
kawan-kawan
saudara-mara
pak cik dan mak cik
jiran-jiran
sebab...
esoknya saya akan kembali ke KL
dan, tak tahu bila lagi nak balik Tapah
hehehe...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
:-)

5 gosip-gosip:

Novelis Aleya Aneesa said...

Jadual yang padat tapi meriah... tapi... bukan kata tahun ni tak nak balik kelantan ke? hahahaha...

Tentang Buku said...

fida..
tudung fida tak cukup labuh tu. tgk budak2 tu, sungguh labuhnya...

ku nampak sri panggung..

Hafirda Afiela said...

Kak Aleya,
Pada asalnya memang tak ada dlm jadual utk tahun ni. Tapi, tiba-tiba abah tukar plan. Jadi, adikmu ini yg sebagai anak terpaksalah ikut. Tak nak jadi anak derhaka :-)

Kak Afna,
Biar buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukan sebab paksaan. Tak berkat nanti hehehe...

Tentang Buku said...

akak tau..fida kan budak baik...
tp akak salute la sedara2 fida tu...

Unknown said...

Selamat tinggal syawal...
Moga kemeriahan berhari raya bersama dpt dirasakan lg di ms akn dtg...
miss our moment together....(^_^)