BERITA KAMPUS ISNIN 28 JULAI 2008
Koleksi Khas
Kalimah Cintamu
Pengulas : Jauhariatul Akmal Johar
Ulasan Novel: Kalimah Cintamu
Penulis : Hafirda Afiela
Tahun Penerbitan : 2008
Penerbit :Fajar Pakeer Sdn. Bhd
Halaman : 575
Harga : RM 20.90
Cinta merupakan sesuatu yang unik. Cinta datang tanpa berjemput dan kadangkala perginya tanpa dipinta atau diduga sesiapa. Cinta tidak mengenal daripada siapa dan kepada siapa. Malah, cinta juga kadangkala hadir tanpa disangka dengan insan yang sama sekali tidak terbayang di benak fikiran. Itulah definisi cinta yang tersirat. Walau apa pun tafsirannya, cinta tetap cinta.
Kalimah Cintamu
Pengulas : Jauhariatul Akmal Johar
Ulasan Novel: Kalimah Cintamu
Penulis : Hafirda Afiela
Tahun Penerbitan : 2008
Penerbit :Fajar Pakeer Sdn. Bhd
Halaman : 575
Harga : RM 20.90
Cinta merupakan sesuatu yang unik. Cinta datang tanpa berjemput dan kadangkala perginya tanpa dipinta atau diduga sesiapa. Cinta tidak mengenal daripada siapa dan kepada siapa. Malah, cinta juga kadangkala hadir tanpa disangka dengan insan yang sama sekali tidak terbayang di benak fikiran. Itulah definisi cinta yang tersirat. Walau apa pun tafsirannya, cinta tetap cinta.
Melalui “Kalimah Cintamu”, penulis mempersembahkan hubungan persahabatan yang telah menyemarakkan api cinta dalam diri Wirda dan Suffian tanpa mereka sedar.
Kemunculan Izwanie di antara mereka berdua menyebabkan perhatian Suffian beralih arah. Biarpun hati kecil Wirda masih utuh buat Suffian, namun demi memujuk hati sendiri Wirda mengambil keputusan menjauhkan diri. Kehadiran Haiqal mengisi ruang kekosongan di hati Wirda yang sedang berduka lara dengan satu simpulan ikatan pertunangan.
Tetapi, dalam meniti bahagia, sekali lagi Wirda diuji. Ketika menanti hari bahagia diijabkabulkan, Haiqal pergi meninggalkan Wirda. Walaupun bersedih, Wirda tidak keseorangan. Airy teman baiknya sejak dibangku sekolah sentiasa setia menemani dan menjadi penghibur buat Wirda.
Airy dalam diam menyimpan perasaan pada Wirda namun sanggup mengenepikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan Wirda. Biarpun hati tidak mampu menipu keinginan perasaannya sendiri tetapi Airy tetap cuba berselindung di sebalik layanan dan gelak tawa ketika bersama Wirda. Dia tetap bahagia walaupun hanya bergelar teman kepada Wirda.
Tahun berganjak, Suffian kembali menagih cinta di hati Wirda namun sekeping hati itu milik Airy kini. Tetapi, kekeliruan Airy pada cinta Wirda membuatkan dia membawa diri. Rela jika Wirda bukan untuknya. “Tiada kalimah yang lebih agung, kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu…”
Kalimah cintamu hasil idea dan garapan kreatif Hafirda Afiela sebagai buah tangan khas kepada penggemar novel. Susunan kata yang mudah mampu menarik pembaca menjiwai watak yang diketengahkan. Di samping itu, penulis cuba membawa pembaca menyelami hati budi dalam setiap hubungan persahabatan.
jumpa artikel ini semasa nak cari cover KC
tak sangka ada yang sudi memberi ulasan
terima kasih daun keladi :-)
0 gosip-gosip:
Post a Comment