Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, May 8, 2009

TAG daripada Kak Umaira

Erm, sekarang ni musim orang main TAG mengeTAG (perkataan ni rasanya tak ada dalam kamus) ke? Hari ni saya dapat TAG lagi. Kali ini daripada Kak Umaira (kakak yang kusangka garang, rupanya ramah sangat) pulak.

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Tak ada suami lagi... jadi tak tahulah :-)

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta
i : kalau dah buka pintu rumah, mestilah pakai kunci
ii : nak buka kereta? Tak ada kereta lagilah...

b) Mencucuk plug soket
i : penutup pen
ii : apa-apa aje yang rasa boleh membantu

c) Simpan air minuman
i : dalam peti ais
ii : kat sebelah katil (simpanan bila dahaga di tengah malam)

d) Ketika blackout
i : mesti jadi patung jap
ii : cari lilin (kalau malam), cari bahan bacaan (kalau siang)

e) Meluahkan rasa hati
i : pastilah pada Dia yang sentiasa dengan kita
ii : ibuku yang sentiasa memahami

f) Siang ikan
i : emak atau abah (bila kat Tapah)
ii : tauke ikanlah kut hehehe...

g) Susah hendak buang air besar
i : cari buah pisang atau betik dan makan
ii : makan apa yang perut tak berapa tahan (benda masam dan pedas, comfirm!)

h) Di mana anda simpankan dokumen pentingi
i : dalam satu tempat yang dikhaskan (fail)
ii : kat mana lagi ya? Entahlah!

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
i : Insya-Allah tak akan jadi kepada saya sebab saya yakin yang pakaian saya tak akan ikut melayang sekali hehehe...

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku
i : pengetip kuku
ii : -

k) Melihat waktu
i : jam tangan
ii : jam pada handphone

l) Kalau badan terasa panas
i : mandi
ii : cari kipas

m) Ternampak pencuri
i : mesti saya macam orang hilang nyawa sekejap kut
ii : telefon polislah agaknya

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya
i : biar aje kut
ii: -

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?
i : bantal (tak kisah bantal apa pun, asalkan ada benda yang nak dipeluk)

Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.
Nak TAG siapa ya? Erm...

1) Ezi Afiza
2) Puteri Imaneisya
3) Suria Areesya
4) Nor Rafishah
5) Eny Ryhanna

0 gosip-gosip: