Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Thursday, March 5, 2009

Pesta Buku Brunei

Pesta Buku Brunei 2009
'Buku Adalah Masa Depan'
(27 Feb 2009 - 08 Mac 2009)


26 Feb 2009
Petang 26 Feb, saya dan Bikash telah dihantar oleh pihak FP untuk ke Brunei demi menghadirkan diri ke Pesta Buku Brunei. Pada awalnya cuak juga saya bila memikirkan perasaan kali pertama menaiki 'belon'. Tapi, sekejap aje. Lepas tu keadaan kembali stabil hehehe... Dah rasa macam duduk di dalam dewan saja. Bosan jugaklah duduk dalam kapal terbang selama hampir dua jam setengah tanpa membuat apa-apa. Nasib baik ada baahn bacaan yang dibawa. Dapat juga menghilangkan rasa bosan. Dan pastinya kami berdua ada menjalankan aktiviti mencuci mata. Nak tahu lebih lanjut, tanya Bikash.
Sampai saja di Bandar Sri Begawan, kami disambut mesra oleh Abang Deen dan Abang Alaudin. Kami berdua dibawa menjamu selera terlebih dahulu sebelum dihantar menginap di Hotel D'Anggerek. Dapat saja katil dan bantal, apa lagi... Zzz... :-)

Hotel D'Anggerek


27 Feb 2009

Hari Jumaat. Di Brunei, hari Jumaat merupakan hari cuti bagi sektor kerajaan. Jadi kami melepak aje di bilik. Mengikut kata Abang Deen, mereka akan menjemput kami dalam jam 2.30 petang. Pucuk dicita, ulam mendatang. Tidur sakanlah kami berdua. Jam lonceng bunyi berkali-kali pun, kami berdua malas nak bangun. Yang kelakarnya, kami terjaga sebab housekeeping mengetuk pintu berkali-kali. Sempat mengata sesuatu lagi. Nak tahu apa, kena tanya Bikashlah. Bila mata pun dah tak boleh nak dipejam lagi., kami pun bangunlah. bersiap dan turun ke kafe hotel untuk sarapan pagi + makan tengah hari. Sempat naik ke bilik menukar pakaian dan terus menuju ke tempat berlangsungnya Pesta Buku Brunei.

Pesta buku di sini tidak seperti pesta buku di Malaysia. Berbeza memang berbeza. Saya nak terangkan keadaannya pun seperti tidak reti. Apa pun, tetap seronok walaupun sedikit bosan (sampai malam duduk di situ :-)). Nasib baik ada Kak Nuriani (juga penulis FP-dari Brunei), sempat jugaklah saya dan Bikash belajar serba sedikit cara orang Brunei berbahasa. Kelakar pulak bila orang yang langsung tiada darah dari Brunei cakap Brunei. Memang kelakar!

Hari ini, makan malam kami berdua sedikit meriah apabila rombongan daripada NB KARA selamat tiba (Kak Norhayati Berahim (Kak Yati), Nora Ismail aka Rose Harissa (Kak Rose), Kak Sue, Seri dan si comel Qaisarah (anak Kak Yati)). Walaupun ini merupakan kali pertama duduk semeja dengan mereka semua, tapi gamatnya suasana, Tuhan saja yang tahu. Ada saja perkara yang hendak dibualkan. Macam-macam cerita.

Balik saja ke hotel, apa lagi... berebutlah saya dan Bikash nak ke tandas. Kononnya nak cepat bersihkan diri dan boleh cepat tidur. Tapi... tak ada maknanya. Kami tersangkut dengan cerita yang dimainkan di channel Hallmark. Cerita apa entah, saya pun tak ingat tajuknya. Sampai sudah duk ikut ceritanya walaupun mata terasa berat. Alih-alih jam 3.00 pagi baru kami berdua selamat merehatkan mata. Zzz...

Encik Ahmad Basheer (Peneraju utama Choice Books)


Nuriani Johaini (Penulis FP dari Brunei)

Qaisarah yang comel-pasti akan rindu kat dia


Bergambar kenangan-saya, Bikash, Uncle Basheer, Kak Yati dan Kak Rose


Bergambar kenangan dengan salah seorang kakitangan Choice Books-Mala


28 Feb 2009

Seperti yang dijanjikan, jam 9.30 pagi kami semua sudah dijemput untuk ke tempat aktiviti. Sama seperti semalam, aktivitinya tetap sama. Berborak, melayan pembaca, bergambar sana, bergambar sini, tawaf berkali-kali di dalam stadium dan lain-lain. Tapi, antara kami semua, Qaisaralah yang sakan bertawaf. Dan, pastinya akan ada benda yang dibawa baliknya untuk ditunjukkan kepada kami semua. Nasib baik Seri (pembantu Kak Yati) ada melayannya.

Hari ni sambutannya macam air laut. Sekejap pasang, sekejap surut hehehe... Dan, hari ini juga kenalan saya bertambah. Saya mula kenal Suriyanti, Lilo, Nisa, Kak Leeya dan ramai lagilah.


Restoran-restoran yang sempat kami singgah


Ambuyat-makanan Brunei yang sempat kami cuba


1 Mac 2009

Aktiviti hari ni berbeza daripada hari semalam. Kalau sebelum ini, pagi-pagi lagi akan terkocoh-kocoh menyiapkan diri untuk ke tapak pesta buku, tapi tidak untuk hari ini. Hari ini kami semua akan dibawa meronda di Bandar Brunei oleh Kak Nuriani. Nasib baik ada Kak Nuriani, kalau tak duduk stadium dan hotel ajelah kami semua ni hehehe...

Selamat menjalankan aktiviti sendiri, kami semua kembali balik ke tapak pesta buku. Hari ni hari terakhir kami di sini. Entah bila akan sampai lagi, hanya Dia yang tahu. Insya-Allah ada rezeki pasti kami akan kembali ke sini.

Terima kasih kepada Choice Books, Uncle Basheer, Nisa, Lilo, Sariyanti dan semua orang-orang Brunei. Hingga bertemu lagi. Insya-Allah.





Tempat-tempat yang sempat dilawati

Bergambar kenangan di airport


Cenderahati dan bekalan dari orang Brunei



0 gosip-gosip: