Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Saturday, March 7, 2009

Gara-gara Mimpi Pelik...

Ha! Dah pukul 8.20. Terkocoh-kocoh saya dibuatnya pagi ni. Rasanya semalam sama aje waktu tidurnya. Isy, isy, isy... anak dara siapalah ni? Nasib baik saya fikir yang hari ini saya bekerja, kalau tak, comfirm makin saya tarik selimut saya yang best tu hehehe... Mahu tak mahu memang kena bangun jugaklah. Bangun aje terus capai tuala dan terus meluru masuk ke bilik air. Mandi paling cepat. Tak sampai 15 minit hehehe...

Nak dijadikan cerita, keluar aje dari bilik air (kononnya nak masuk biliklah-bersiap secara ekspres), pintu bilik pulak tak boleh bukak. Terkunci dari dalam. Argh! Lagi nak cepat, lagi lambat jadinya. Nasib baik salah seorang rakan serumah tidak ke pejabat lagi. Dengan dialah saya berusaha untuk membuka pintu. Uff!!! Lega. Nasib baik boleh bukak. Apa lagi, teruslah saya jalankan serangan ekspres saya. Cadar dan bantal di katil dah tak pandang dah. Balik nanti ajelah saya kemas hehehe... Betul-betul hari kelang-kabut saya hari ni. Ini semua gara-gara layan mimpi pelik yang datang bertandang. Tak pasal-pasal saya lambat hari ini. Memang harus dijadikan pengajaran.



Lenanya tidur (Memet dan Kenit-macam ni agaknya saya tidur semalam)


0 gosip-gosip: