Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday, February 11, 2009

Cuti Hujung Minggu

Hujung minggu muncul lagi… Sejak dua menjak ni, rasa cuti telalu banyak. Ya ke? Atau saya aje yang rasa macam tu… Erm, tak kisahlah. Dah nama pun cuti, kan. Jadi jomlah kita beramai-ramai ‘mencutikan’ diri hehehe…

SABTU
Kalau Isnin-Jumaat saya terpaksa memaksa mata untuk celik di awal pagi (kadang-kadang telajak jugak), hari ni… adalah peluang saya bagi can kepada mata saya ni untuk berehat hehehe… Pukul 9.30 pagi baru bangun (itu pun sebab mak saya telefon :-p). Selesai saja menguruskan diri, tak tahu nak buat apa dah. Nak keluar berjalan mencuci mata, rasanya bukan hari ini (sejak kerja ni, memang malas nak keluar). Fikir punya fikir, akhirnya keputusan untuk mengemas rumah yang saya ambil. Pergh! Seminggu sekali sapu rumah, mak datok banyak betul pasir dan rambut. Boleh jadi pengedar pasir dan rambut lepas ni hehehe… Habis ruang tamu dan dapur saya kerjakan. Penat! Tapi tak apa, hati senang lepas tu. Rumah bersihlah katakan.

Dah rehat dalam dua tiga jam, saya dan salah seorang rakan serumah pergi membeli bahan-bahan untuk membuat bihun sup untuk petang ni. Bukan apa pun, masing-masing teringin nak makan bihun sup, lebih baik buat daripada beli kut (boleh tambah berkali-kali-puas). Sakanlah saya dan rakan saya tu memasak. Dia dengan rela hati telah menawarkan diri untuk memasak. Ermm, saya pulak, gatal nak buat pegedil. Nasib baik jadi dan sedap (bukan saya yang cakap tapi pakwe kawan saya tu yang cakap :-p). Dalam sibuk nak buat persediaan bihun sup dan pegedil tu, tiba-tiba rakan serumah saya ni mintak saya buatkan dia kek batik biskut marry. Katanya nak bawak pergi majlis hari jadi anak buah pakwe dia esok. Saya pun okey ajelah. Bukan susah pun. Kebetulan barangnya ada. Apa lagi, berhempas pulaslah saya membuat kek, tapi… kek tak jadi hahaha… kawan saya ni dengan bijak pandainya telah memasukkan madu (konon nak bagi sedap) dalam bahan-bahan yang saya buat. Apa lagi, melekatlah semua bahan-bahan tu dan jadi kek batik terabur. Tak jadilah kek tu nak dibawa ke majlis esok. Simpan ajelah di rumah. Nasib baik boleh makan lagi… Sakan jugaklah kami berdua ketawa bila mengenangkan kepandaian tanpa sengaja rakan saya tu.

Sebelah malam, tak ada apa pun yang saya lakukan. Duk mengadap TV dan laptop silih berganti. Mana tidaknya, waktu itulah nak siapkan kerja yang tergendala, waktu tu jugaklah mata ni gatal nak tengok TV. 2 dalam 1, redah ajelah. Sambil tu sebenarnya duk tunggu mak dengan abah saya sampai. Tiba-tiba aje nak turun KL (rindu sayalah tu :-p). Hari ni hampir pukul 5.00 pagi baru saya tidur. Duk melayan mak saya bersembang (macam tak ada esok). Layan ajelah…



gambar hiasan: bihun sup dan pegedil :-)


AHAD
Dalam sejarah di waktu cuti saya bangun seawal ini. Pukul 6.00 lebih saya dah terpacak kat dapur buat sarapan untuk orang-orang dalam rumah (mak, abah dan Kak Nik (rakan serumah)). Memang ajaib. Rajin betul saya pagi ni hehehe… Abah pulak nampaknya sudah bersiap sakan (tak sabar nak berjalanlah tu).

Pukul 8.00 lebih Adan (adik saya) dan awek (Wan) dia sampai rumah saya dengan membawa roti canai sebagai buah tangan. Macam suami isteri melawat mak bapak aje saya tengok hehehe… Dah semuanya terhidang di meja makan, apa lagi, masa untuk makanlah.

Ikut perancangan hari ni nak ke Bukit Cahaya (dulu Bukit Cerakah) di Shah Alam. Terus saja kami semua menuju ke sana. Yang best tu, segala perbelanjaan kami di sana, semuanya Adan yang sponsor hehehe… Baik betul adik saya hari ni. Bila dah sakan menjelajah seluruh pelosok Bukit Cahaya, tiba-tiba Adan bagi saranan nak ke Aquaria (beria-ia memujuk). Demi menurut kata Adan, kami semua setuju aje.

Kali ni, bererti sudah kali kedua saya ke Aquaria. Kalau sebelum ni saya pergi dengan rakan sekampus dan keluarganya, kali ini saya menjelajah Aquaria bersama-sama keluarga saya pula. Lama tak jalan-jalan macam ni, rasa seronok pula. Tapi saya rasa, Adan lagi seronok kut. Yalah, buah hati ada di sisi hehehe… (Adan, macam lulus aje :-p).

Habis jelajah Aquaria, semuanya ambil keputusan untuk balik ke rumah saya terlebih dahulu. Sampai saja di rumah, Adan, abah dan mak terus saja mencari tempat-tempat strategik untuk melepak. Penat mengalahkan buat trip mengelilingi Semenanjung. Saya dan Wan jugak yang masih steady. Kalau Wan sibuk menonton rancangan Hindustan di siaran KIRANA (cerita apa ntah), saya pula kembali sibuk mengadap laptop. Cover balik apa yang patut.

Sebelah malam, selepas isyak, kami semua teman mak dan abah pergi membeli-belah barangan kedai makan mereka. Aduh! Penat tadi pun tak habis lagi, dah sambung balik. Kalau tiap-tiap hari macam ni, tak lalu saya dibuatnya. Dalam mata yang tak mampu terbuka, saya layan jugaklah mak dengan abah saya ni memilih barang. Adan dan Wan dah hilang entah ke mana. Sengaja curi tulang betul budak dua orang tu. Penuh satu troli mak dengan abah memborong, saya pun dah sibuk ajak balik. Dah tak sanggup mata ni nak celik.

Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah kedai makan. Dia orang lapar. Saya pun sebenarnya hehehe… Layan perut dulu. Sembang punya sembang, langsung tak sedar yang jam dah hampir pukul 1.00. Cepat-cepat saya buat bayaran. Katil dah panggil tu…

Adan dan Wan balik ke rumah masing-masing. Ajak tidur rumah saya, tak nak. Suka hati dia oranglah. Sampai saja rumah, mandi dan… selamat zzz…:-)






gambar-gambar yang sempat diambil semasa di Bukit Cahaya dan Aquaria



ISNIN
Memandangkan tidur saya yang tak berapa nak cukup, pukul 9.00 baru saya bangun. Erm, malasnya nak bangun. Mengenangkan mak dengan abah nak balik aje. Bangun jugaklah.
Selesai bersarapan, saya bawak mak dengan abah saya ke Pasaraya HERO (dekat dengan rumah saya) pula. Apa lagilah yang mereka nak cari entah. Ikut ajelah. Sempat juga saya membeli beberapa keperluan rumah.

Pukul 12.00 tengah hari baru mak dan abah bertolak balik ke Tapah. Dan saya… selamat buat tahi mata hahaha… Qada tidur. Hari ni melepak aje di rumah. Buat kerja-kerja yang sudah tergendala.

Sakan saya bercuti kali ni. Erm, ntah bila pulalah akan merasa lagi. Sekarang ni tengah bodek mak dan abah untuk ke Melaka. Saja ronda-ronda... Cuti-cuti Malaysialah katakan. Jom jalan-jalan...:-)


0 gosip-gosip: