Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, September 2, 2008

Kisah Tergendala

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hai semua! N3 kali ini hanya ingin memaparkan kisah-kisah saya yang tergendala (hampir-hampir basi gitu). Jom ikuti kisah saya...

KISAH 1
Batu Pahat

Kalau ditengok dari tajuk N3, pasti ramai yang dapat mengagak kisah apa yang bakal saya kongsikan ini. Sudah semestinya saya akan kongsikan kisah-kisah saya sepanjang berada di Batu Pahat baru-baru ini. Tak payahlah saya berceloteh panjang, jom kita teruskan ceritanya...

Atas kerjasama Popular Bookstore dan SMJ Publishing, akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki (selama ni lalu je-tak ingat pulak kalau ade singgah) di salah satu daerah negeri Johor ini. itu pun sebab ada tugas yang perlu dilaksanakan. Terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan sesi bertemu pembaca di Batu Pahat Mall, Batu Pahat pada 23 Ogos 2008 yang lepas. Dapat saya bersembang banyak dengan Teja dan Kak Eny.

Sepanjang saya di Batu Pahat ini, saya telah menumpang kasih di rumah Teja Irzara (juga penulis FP). Nasib baik dia sudi tumpangkan saya hehehe... Mula-mula tu, malu-malu kucing gak lah saya duk rumah dia ni. Tapi, masuk setengah hari saya beramah-mesra dengan ahli keluarganya yang memang peramah, hilang rasa malu saya. Entah lari ke mana pun saya tak tahu hehehe... rindunya kat semua (Uncle, aunty, Dik Da, Abang, Baby dan Adik). Chiro dan Nasha pun (kucing Teja yang comel). Terima kasih semua.

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan:-



saya, Teja Irzara dan Eny Ryhanna


sempat posing dengan Teja Irzara


bergambar kenangan bersama aunty dan uncle di Dataran Batu Pahat


Batu Pahat Mall


* Teja dan Kak Eny, bila lagi kita nak perhatikan gelagat orang? Kak Eny, cepatlah menuntut ilmu senyuman set mata tu. Nanti boleh turunkan ilmu tu kat Fir hehehe…


KISAH 2
Ketam Masak Lemak Cili Api dan Bubur Pulut Hitam

Macam nak buat buku resepi masakan pulak bila dibaca tajuk N3 kisah ke-2 ini, kan. Alkisahnya macam ni sebenarnya. Saya ni dah macam orang mengidam. Teringin sangat nak makan Ketam Masak Lemak Cili Api dan Bubur Pulut Hitam. Ketam Masak Lemak Cili Api tu memang salah satu makanan kesukaan saya. Tapi, Bubur Pulut Hitam ni, tak pulak saya tahu kenapa. Kenapa ek? Tak kisahlah, yang pastinya saya dapat merasa kedua-dua masakan ini. Setelah saya terpaksa berhempas-pulas menjalankan sesi pujuk rayu (goda mak saya), akhirnya tercapai juga hasrat saya nak makan dua masakan ini. Nak tunggu saya masak, entah jadi, entah tidak (tak reti kut hahaha…). Terima kasih mak sebab sudi masakan untuk orang. Memang sedaplah mak. Nasib baik tak sampai jilat ibu jari kaki hahaha…. Terima kasih juga untuk abah sebab sudi beli ketam. Kalau tak… gigit jarilah jawabnya.

Ketam Masak Lemak Cili Api

Bubur Pulut Hitam

* Bila bulan puasa ni, macam-macam benda nak makan. Lebih-lebih lagi masakan dari mak. Bilalah mak nak masak Sambal Tumis Udang? (sambal mak buat memang sedap, sampai Fatien pun suruh masakan untuk dia) Tunggu Adan baliklah jawabnya. Adan! Cepat sikit balik :-p.


KISAH 3
KC Bakal Berwajah Baru

Kalimah Cintamu (KC), novel sulung saya bakal diberikan sentuhan baru pada covernya. Masuk yang ini, sudah tiga sentuhan diberikan pada KC. Mungkin untuk memudahkan para pembaca membuat pilihan agaknya. Secara peribadi, saya tetap suka akan sentuhan yang pertama (ala yang warna putih tu—nampak bersih). Apa-apa pun terima kasih berbanyak kepada pembuat cover tu ek.

Cover Lama

Cover Baru


* Bolehlah buat pilihan ikut kehendak dan kesukaan hati :-)


0 gosip-gosip: