Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, February 15, 2008

Berkongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah cuti saya semasa Tahun Baru Cina baru-baru ini:-
KISAH 1

Macam biasa, setiap kali cuti, saya akan membawa berkeping-keping cd atau dvd untuk ditonton. Mungkin disebabkan adik-beradik saya tidak ramai, jadi tv lah yang jadi kawan bila balik bercuti. Macam-macam cerita yang dibawa balik kali ini. Wajib cerita Jepun. Kali ini saya ingin berkongsi cerita berkaitan dengan guru sekolah dan pelajar-pelajarnya yang bermasalah. Cerita yang saya maksudkan ialah Gokusen & Gokusen 2:-


GOKUSEN

Yakumi-watak utama dalam Gokusen & Gokusen 2

Hero dalam Gokusen- Shin (comel tak?)

Pelajar-pelajar 3D dalam Gokusen-Kumai, Minami, Shin, Uchi dan Noda

Palajar-pelajar 3D dalam Gokusen 2- Kosuke, Hikaru, Takeda, Yabuki dan Odagiri

Gokusen mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut berikutan kematian kedua-dua ibu bapanya. Walaupun hajatnya untuk menjadi seorang guru direstui oleh datuknya, pengikut-pengikutnya tetap mahukan Kumiko untuk menjadi pengganti datuknya itu.
Kumiko (juga dikenali sebagai "Yankumi" di kalangan pelajar-pelajarnya) menjadi guru di sebuah sekolah menengah swasta. Dia menjadi guru kelas di sebuah kelas yang dipenuhi pelajar samseng, Sebagai mana kisah "guru berdedikasi" yang lain seperti Great Teacher Onizuka, Kumiko bukan sahaja mengajar ilmu akademik di dalam kelas, malah turut mengajar anak muridnya mengenai erti kehidupan. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar keluarganya daripada pengetahuan umum, statusnya sebagai pewaris ketua yakuza sering memberikannya kekuatan dalam menghadapi masalah, tetapi selalunya membentuk sebahagian unsur komedi.

KISAH 2

Pakcik kesayangan saya baru membeli kereta. Mula-mula dia tak nak mengaku yang itu kereta dia. Akhirnya dia mengaku jugak. Yang best tu, setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya saya berjaya memandu kereta baru pakcik saya itu. Bestnya kalau ada kereta sendiri. Bila la saya nak dapat kereta sendiri? Tunggu dan lihat ajelah.

KISAH 3

Patutlah bonda kesayangan saya ni asyik marah aje bila saya membeli kasut atau sandle. Kesimpulannya saya asyik beli aje dan tak pakai-pakai. Entah bila nak pakainya pun saya tak tahu. Alih-alih bilik kesayangan saya jugak yang pakai. Kasut-kasut tu dah jadi barang pameran pulak. Bolehlah saya buat muzium kasut lepas ni hahaha.... Dan cuti baru ni pun saya dah membeli sepasang kasut baru dan sepasang sandle baru. Mengamuklah bonda saya tu.

Okeylah, lain kali saya cerita lagi ya kisah-kisah saya. Dah tak tahu nak cerita apa dah ni. Sebenarnya tak tahu nak dimulakan dari mana. Nantilah saya karang mengarang dulu. Sehingga berjumpa lagi. Daaaaaa...

0 gosip-gosip: