Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday, January 30, 2008

Farisha dan Badriah

Salam semua. Dua nama di atas ini bukanlan nama anak saya atau pun bakal anak saya hehehe.... Jangan salah faham ya. Dua nama ini merupakan anak saudara angkat saya. Anak saudara pun ada yang diangkat tau hehehe.... Tajuk ini dijadikan pilihan adalah kerana tiba-tiba saya terasa rindu dekat mereka berdua ini. Mana tidaknya, kalau saya balik ke Perak, dua orang inilah yang selalu buat saya pening. Saya ni pun mereka nak jadikan rebutan. Apa-apa pun keletah mereka berdua ni memang mampu buat saya tersenyum. Yang saya tak tahan nak ketawa tu... Badriah telah mengabadikan nama saya buat kucing dia. Mula-mula rasa macam nak marah jugak, tapi bila difikir-fikirkan balik, itu tandanya dia ingat kat saya. Apa-apa sajalah.

Farisha yang amat memeningkan saya: Time mood baiklah ni

Farisha dan Badriah: Khusyuk sgt bercerita ntah apa-apa punya cerita


0 gosip-gosip: