Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Tuesday, November 20, 2012

:: Hujung Minggu ::


kalau baca tajuk
pastinya semua dah tahu apa yang saya mahu bebelkan kali ini
ya, perihal hujung minggu
kisah hujung minggu untuk dua minggu
kisah hujung minggu yang terasa amat padat
dan 
kisah hujung minggu yang membantutkan
niat saya untuk tidur tak ingat dunia
hehehe...

okey
kita mula dengan minggu pertama
seperti yang dijanjikan
saya harus ke majlis perkahwinan rakan baik saya
kalau saya tak datang
mahu dia pancung kepala saya
sebab dia dah ingatkan saya beberapa bulan awal
kalau saya buat-buat lupa
memang saya saja cari pasallah

ikut apa yang dirancang
awal-awal pagi lagi saya dan mak dah berangkat ke KL
bukannya jauh sangat pun Tapah - KL
tapi terasa penat jugalah
awal pagilah katakan...


Sap & mak
bergambar di rumah Afif
sementara nak tunggu yang lain-lain tiba
mahu konvoi ke rumah pengantin perempuan di Selayang


Afif yang tekun mendengar nasihat daripada tok kadi


inilah Nad
(sebelum ni hanya kenal nama dan melalui gambar sahaja)
akhirnya dapat juga bertentang mata
lain betul rupanya dengan gambar yang saya tengok sebelum ni


alhamdulillah...
dengan sekali lafaz
Afif dan Nad sah bergelar suami dan isteri
moga bahagia ke akhir hayat ya :)

selesai semua majlis
saja aje kami mahu melepak di Putrajaya
saja-saja ambil angin dan cuci mata
tempat yang dituju: Alamanda & Masjid Besi


saya, Sap & mak
kalau pasal bergambar
kamilah orangnya


Adan & Pali
dah kamcing budak dua orang ni
saya asyik jadi bahan usikan dia orang aje
hampeh tul!


kolam buatan yang dibina mengelilingi ruang solat utama
cantik sangat
damai


Pali & saya
posing lagi


Sap & Adan


saya yang ayu
hehehe...

selesai untuk hari pertama di minggu pertama
memandangkan saya mahu kembali ke KL
untuk beberapa hari seterusnya
dengan rela hati
Bikash Nur Idris mahu ikut saya ke Tapah
dan apa yang bermain di fikiran dia
hanya mahu mandi di Kuala Woh
(sebelum ni dia datang - tak berpeluang)


 Bikash Nur Idris
posing pertama sebaik sampai
teruja betul dia nampak air


BNI & saya
sempat lagi posing dalam air


BNI & mak
nak ikutkan banyak lagi gambar posing mereka berdua ni
saya masukan yang ini ajelah ya

selesai satu minggu
saya kembali dengan kerja-kerja opis
kali ni turun opis di KL
banyak skip
banyak cutilah katakan
dan Jumaat saya kembali ke Tapah
kalau minggu sebelum tu BNI yang ikut saya
untuk minggu kali ni
si dia pula yang ikut
juga mahu mandi-mandi
tapi tidak di Kuala Woh
kali ni ke Hot Springs Sungai Klah


  mak & saya
akhirnya kami sampai
nama aje orang Perak
tapi inilah kali pertama sampai
tak apa
yang penting dah sampai
dan
saya dah tunaikan janji saya pada mak


Zulfadhli
senyum aje
hajat di hati dah tertunai kan...

gambar di Hot Springs tidaklah banyak sangat
hari hujan dan tak sempat nak bergambar sakan
nanti-nanti datang lagi
pasti akan bergambar sakan :)

hari seterusnya
ke majlis kahwin lagi
kali ni majlis kawan di Tapah
disebabkan majlis inilah saya tak boleh lama di KL
pada minggu sebelumnya
sebab yang ini dah macam keluarga dengan saya
mak dan ayah si pengantin dengan mak saya kawan
jadi memang tak ada alasan untuk tidak datang kan...



Zaili & Eika
selamat pengantin baru


umi & abah
bersalaman dengan anak dan menantu
tahniah umi dan abah
dah dapat menantu
nanti dapat cucu pulak
hehehe...

habis aje majlis
mak ajak ke kebun
katanya nak kutip durian
mahu tak mahu
saya turutkan juga dalam hujan


dan inilah fesyen saya
mengutip durian dalam hujan
baju kurung + topi cantik


 Zulfadhli & mak
seronok aje si dia tu
padahal bukan dia makn pun durian tu
yang mak pulak
sakan tu dengan kebaya bagai mengutip durian


dan inilah hasilnya yang kami dapat
adalah dalam 7 ke 8 biji
siapalah yang nak makan ni
saya bukan hantu durian
jawabnya maklah makan sengsorang :)

fuh!
itulah cerita hujung minggu saya selama dua minggu ini
hilang terus hajat saya mahu tidur tak ingat dunia
nampaknya minggu depan ajelah saya pasang hajat yang satu itu
sebabnya
minggu ini harus ke KL lagi
harus bawa opah dan tok
ada majlis perkahwinan mak cik saya
harapnya semuanya berjalan lancar
insya-Allah...

 free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Thursday, November 8, 2012

:: Minggu Masak ::

yuhuu...
saya update lagi
wah!
rajin kan?

tengok pada tajuk
sah-sah saya nak berceloteh pasal masak-masak
memang betullah tu

tahun ni agaknya memang tahun memasak kut untuk saya
dah macam-macam saya cuba
cumanya sekarang ni
saya lebih berjinak-jinak memasak kuih-muih, kek dan manisan

okey berbalik pada cerita asal
minggu lepas
sepanjang minggu
kerja saya asyik main masak-masak
asal petang aje
mesti saya akan berada di dapur
kalau tak petang pun
malam
kerja saya asyik sepahkan dapur mak

kat Tapah ni
susah sikit nak cari tempat jualan bahan bakeri
(ada tu ada, tapi tak banyak pilihan)
jadi dengan jasa baik seseorang
(kredit untuk Aidah Hamat)
saya jumpa kedai kat bawah ni


Bake With Yen Sdn. Bhd.
kat Ipoh tempatnya
sinilah tempat saya selalu bertapa
(adalah dua kali sebulan)
rambang mata betul bila pergi sini
rasa macam nak beli satu kedai
melampau kan?

dekat sini
barang-barangnya boleh tahan
berpatutan sangat
bagi saya
jauh lebih murah dari kedai-kedai lain
dan disebabkan lubuk yang dicari sudah dijumpai
makin banyaklah resipi-resipi yang bermain di kepala

jom tengok apa yang sempat saya buat
minggu lepas
layanzzz...


ini apam polkadot dan agar-agar cendol
apam polkadot tu saya buat
tak ada apa isi pun kat dalam tu
kosong semata-mata
agar-agar cendol tu pula
mak yang buat
tak tahulah kenapa jadi warna gitu
agaknya terlebih taruh gula merah kut


ini pula
strawberry chocolate rose
dibuat khas atas permintaan mak
kata mak dia nak perasa strawberi
rasa strawberi tu dekat yang warna pink tu tau
bukan kat dalam dia
sebab yang ni saja aje
nak buat ade warna-warna lain selain coklat


yang ni pula
blueberry chocolate shell
dalam dia ada filling blueberry
kata Adan
dia lebih suka yang ni daripada yang lain-lain


ni limited edition
untuk yang strawberry rose tu
hanya ada tiga tu aje
(semuanya saya pakat kasi mak dan Adan)
yang chocolate rose tu pula
kalau tak salah
hanya ada dalam 8 ke 9 biji
yang ni khas untuk saya
(kalau coklat, saya suka yang kosong)


dan ini
3 bekas untuk 3 keluarga
1 untuk keluarga pak su saya
1 untuk keluarga tok saya
dan 1 lagi untuk keluarga sayalah :)


ni pulak
puding dan dadih

atas sekali tu
puding karemal
saya yang buat
tapi tak berapa cantik
dan rasanya
aduhai...
manis siot
lepas ni kalau buat
harus dikurangkan kadar penggunaan gula

yang nombor 2 tu pula
puding koktail
resipi yang saya belajar daripada Aleya Anessa
dah banyak kali dah buat
sebab keluarga saya sangat suka itu puding

yang nombor 3 dan 4 tu
mak yang buat
dadih cappuccino dan mangga
sangat sedap
elok aje lembut


dan ini pula
kuih puteri ayu
kuih kedua yang saya buat sendiri
lepas kuih buah Melaka
(cupcakes dan apam polkadot tu bukan kuih kan?)

saya memang suka kuih ni
tak sangka sekarang dah boleh buat sendiri
buatnya pun bukan susah mana rupanya
senang aje
nanti-nanti nak buat lagi

itulah aktiviti main masak-masak saya sepanjang minggu lepas
minggu ni kelas memasak tutup
malas sebenarnya
minggu depan ajelah bukak balik
itu pun kalau ada mood
hehehe...

seronok rupanya memasak ni
ada satu rasa puas
puas sebab benda yang dimasak menjadi
puas sebab ada yang nak makan
puas sebab skill memasak dah makin naik setangga lagi
harapnya saya akan terus belajar dan belajar
insya-Allah...

 free glitter text and family website at FamilyLobby.com