Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, October 12, 2014

:: Layan Movie ::

saya memang dah lama tak tengok wayang
kalau dulu-dulu
sebulan sekali
pasti akan ada xtvt layan movie
kalau tak satu
dua movie sekali akan layan
pernah juga layan sampai tiga movie

memandangkan dah lama tak tengok wayang
makanya hari Jumaat baru ni
saya dan kakak saya ke MBO dekat dengan Rumah Pink
layan cerita Annabelle


banyak tutup mata daripada tengok
hehehe...

bagi saya cerita ni okey
tapi ada beberapa perkara yang buat saya tertanya-tanya
banyak benda yang tak berapa jelas
mungkin sebab banyak tutup mata daripada tengok
jadi, mungkin banyak perkara yang saya terlepas pandang
agaknyalah...

hari ni
duduk kat rumah diam-diam
main masak-masak, makan dan tidur
hehehe...

ingatkan dah tak akan layan movie lagi
sekali malam ni (dah masuk hari Ahad sebenarnya)
ada lagi movie menarik
maka saya layan lagi sambil-sambil menghadap laptop
(seperti biasa, mata banyak kat TV daripada laptop)


Dark Water
mula-mula ingat cerita Dark Water yang Jepun/Korea tu
rupanya ni versi mat salih
ideanya lebih kurang sahaja
menarik!
saya suka
kesian Ceci, mak dia mati juga akhirnya

selesai layan Dark Water
tangan ni gedik duk main alat kawalan jauh TV
ada lagi movie yang ala-ala Annabelle dan Dark Water
jadi saya layan lagi

tengah layan cerita inilah sekarang
(dah banyak kali tengok - geram aje dengan Chucky ni)
tak apa
esok Ahad kan
nak pergi jemputan pun bukan awal pagi sangat pun
jadi, apa salahnya tidur lambat hari ni
dah lama tak layan TV sampai pepagi gini

jadi...
jom layan movie dulu
(^.^)

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Friday, October 10, 2014

:: Kembali ::

hampir dua tahun
satu jangka masa yang lama
harapnya lepas ni
saya akan sentiasa ada di sini

okey
sebab ni post pertama setelah sekian lama
saya tak mahu merapu panjang
hanya nak bagi tahu...
I'M BACK!!!



 free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Wednesday, November 21, 2012

:: Damia Sayang ::

hai semua
saya mahu main taip-taip lagi
jari-jemari saya ni rajin betul dua tiga hari ni
hehehe...

okey
kali ni saya mahu cerita perihal 
budak kecik dalam pelukan saya ni
nama dia Damia 
(apa nama penuh dia, saya tak tahu)
saya panggil dia Mia
Mia ni kira anak sedara saya
kiranya saya ni mak cik dialah
mak cik yang muda lagi ayu
perasan betul


berbalik pada cerita asal
Mia ni duduk dengan opah sedara saya
memandangkan saya agak rapat juga dengan opah sedara saya yang seorang ini
rajin jugaklah saya bertandang ke rumah dia
dan budak kecik ni sangat rapat dengan saya
(memang jenis budak yang tak takut orang)

nak dijadikan cerita
satu hari masa saya ke rumah opah sedara saya ni
(malam kalau tak salah - sewaktu gambar di atas diambil)
budak kecik yang nama Mia ni
petah benar bercerita itu dan ini
macam-macam dia cerita dekat saya
dari kisah kucing dalam rumah opah sedara saya
sampailah kisah yang saya sendiri pun tak tahu nak terangkan macam mana
senang cerita
kisah budak-budak

dalam dia bercerita sakan
tiba-tiba dia nampak telefon saya
kata dia sambil tunjuk telefon saya: "Ada kucing tak dalam ni?"
saya angguk dan terus buka bahagian galeri gambar
dia tengok satu per satu gambar yang ada
semua gambar dia tengok
gambar kucing
gambar saya
gambar macam-macam
semualah dia tengok
setiap kali dia nampak gambar saya
pasti dia akan tanya: "Ni siapa?"
dan saya tak jemu menjawab: "Cik Intanlah."

habis dia tengok semua gambar
dia sambung bercerita lagi
kali ni
dia siap baring di ribaan saya lagi
petah dan bijak budaknya

masa saya nak balik
dia salam saya
dia cium pipi saya
dia tanya lagi sambil tunjuk saya: "Ni siapa?"
saya jawab: "Cik Intan..."
dia senyum dan cakap: "Ooo... Cinta."
saya jawab: "Bukan. Cik Intan."
dia tetap cakap: "Cinta."
sudahnya saya senyum aje
cinta pun cintalah
mungkin dia tak pandai nak sebut Cik Intan kut
dan sampai sekarang
kalau dia jumpa saya
dia akan panggil saya CINTA

Mia...
biar apa pun Mia panggil
Cik Intan tetap sayang Mia
jadi anak yang baik ya sayang
(>.<)


 free glitter text and family website at FamilyLobby.com